16 August 2012

Diari 69


Salam ukhuwah buat sahabat-sahabat yang ana sayangi fillah..alhamdulillah nampaknya jari-jari ini begitu semangat nak menaip kembali..yeaaa dan Salam Ramadhan Kareemmmm !! Ya Allah sedar tak sedar Ramadhan bakal meninggalkan kita..wahh kalian tak rasa sedih..? Walau sedikit ..secuit..secebis..?

Ana sedih..terlalu..mungkin ana berasa bekalan rohani yang ana kumpulkan sepanjang Ramadhan tahun ini tak dapat lagi nak menghasilkan TAQWA yang MANTAP!! Ya..taqwa yang mantap dapat dijadikan perisai yang HEBAT untuk meneruskan kehidupan kita yang akan datang..almaklumlah assyaitonirrajim bakal dilepaskan dan kembali cuba memperdayakan kita dengan permainan di dunia yang bersifat sementara ini..kalau kalian tak rasa sedih baguslah..ana mencemburui sahabat2 semua sebab dah berjaya menghasilkan ‘taqwa yang mantap’ ataupun anda dah terasa cukup hebat kah sampai boleh ‘chopping kick’ assyaitonirrajim..? Kalau boleh ajar ana sekali J

Ana cuma nak kongsikan sedikit renungan sebelum ana kongsikan satu lagi drama yang hebat..

“Kehidupan ini satu perjalanan dan RAMADHAN adalah tempat rehatnya…di dalam RAMADHAN  kita disediakan pelbagai peluang untuk mengambil bekalan rohani bagi sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh-sungguh..maka dia akan mendapat bekalan TAQWA TERHEBAT semasa hendak meneruskan perjalanan..”

Adakah kalian dah ‘grab’ semua PELUANG di bulan mulia ini..?

Dah cukup BERUSAHA untuk mendapat bekalan TAQWA TERHEBAT..?

Dan dah itu dan dah ini..?

Kalau belum..maka renung-renungkanlah.. tangisilah..ratapilah dan cuba beramal sebanyak mungkin kerana RAMADHAN bakal meninggalkan kita..ya ‘It’s never too late’



DIARI 69

Satu Pengembaraan yang BARU !



Maka tersebutlah kisah..

“Saya Farah”

Itulah ayat yang akan terkeluar setiap kali orang yang menyapa ana..nama apa..? Nama apaa..? Nama apa..? 
Ya..nampak si gadis comel merenung ana..dan sesekali fikiran ana terlintas..

“Eh..nama apa dah dia?” takut untuk menegurnya kembali..

Dan..si gadis comel itu memberanikan diri untuk menegur ana..

“Eh..awak nama apa dah..?”

Ok tak jadi nak berpeluh..oh rupanya kita sama ..gelak hati ana sendirian..

Perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap pelajar baru walhal dimana-mana kolej pun..ya Minggu Destinasi Siswa (MDS)..minggu yang amat penat dan teramat sangat..ehem2 sebenarnya taklah penat sangat J
INTEC merupakan kolej persediaan ke luar negara..itulah satu-satunya kolej yang ana jejaki selepas tamat alam persekolahan dan sebelum ana ke luar negara..Pada awalnya ana terasa  terkinjal-kinjal untuk cuba menyesuaikan diri di tempat baru..ya terkinjal-kinjal..perkataan ini sesuai ke..? Dan semestinya mencari teman yang baru juga teramatlah sukar..khuatir jika ana membandingkan teman baru dengan sahabat-sahabat lama di sekolah..bimbang jika teman yang baru akan memimpin ana di jalan yang salah..risau jika mereka teman sekadar teman..bukan untuk bersahabat selamanya..berkongsi segala suka dan duka..namun kita hanya mampu berusaha..Allah juga yang menetapkannya..

Ya..alhamdulillah..tamat sudah MDS..sudah tiba masanya untuk meneruskan pembelajaran di kelas.. dan..dan..dannn tibalah juga masa untuk beramah mesra dengan kenalan baru yang satu program dengan ana..ya ana ditempatkan di ‘Russian Programme’ ..program ini untuk semua pelajar yang memohon untuk belajar perubatan..dan rata-rata semuanya macam muka ‘terpaksa’ memasuki program tersebut..ya dengar Rusia mesti semua orang akan teringat..

‘Rusia..negara komunis..negara bukan islam..negara anti-islam..negara terkenal dengan pornografi..negara bermasalah..dan sekian sekian..’

Ah..! Sudah bingit telinga ana dengar yang bukan-bukan..tapi perasaan takut itu hadir juga namun apa yang ana nak cakap..

“If you don’t know the truth..then just keep quiet and smile..!” J



Ana juga ada tertanya-tanya..

“Kenapa mesti aku ke Rusia..?”

“Kenapa mesti aku ambil perubatan..?”

Tetapi..hati ana selalu menenangkan dan membenarkan segala apa yang ana buat dan pilih..lagipun abah ana juga beriya-iya apabila anak bongsunya dapat ke luar negara lagi-lagi di bawah tajaan JPA..sebagai anak bongsu apakan daya..sekadar ingin melihat abah sendiri gembira sampai terloncat-loncat..ana rela terima lagipun sejak arwah meninggal lagi cita-cita ingin menjadi doktor makin menjulang tinggi keawan..ya insha Allah moga-moga pilihan yang ana buat ini tepat !!

Baiklah..kita beralih ke asal..dekat mana tadi..?

Ya ‘Russian Programme’ merupakan satu program minoriti di INTEC..batch ana dinamakn RUSSIAN18..dan ana termasuk dalam 40 orang yang dikatakan batch terakhir ke Rusia..dengar tu..

‘Batch TERAKHIR ke Rusia..’

Semester 1

‘Menya zavut Anastasia Korobkova..Ya iz Rassia..Ya bla bla blab la..(Nama saya Anastasia Korobkova..saya dari Rusia..saya bla bla blab la)’

Ahhhh..!! Apa yang orang Rusia cakap di depan..? Dia cakap rahsia..?

Ya..itulah kata-kata pertama yang disampaikan oleh pensyarah Rusia (daripada Nizhny Novgograd) ana dan teman-teman di dalam kelas..semua dahi berkerut..dan ana tidak sempat nak bilang berapa lapisan yang berkerut di dahi ana..ahh lupakan dahi berkerut..

“Ya Allah..boleh ke aku belajar bahasa baru nih..Bahasa Arab pun taklah power sangat ..dah nak cuba berrussia pulak..!”

Satu pesanan untuk sesiapa yang cepat mengalah,mengeluh..dan berpeluh..

Belum cuba belum TAHU..!

Pada awalnya..memang terlalu ‘excited’ belajar benda baru ni..terlalu gembira belajar huruf-huruf baru..ada yang berbentuk kapal..berbentuk bulan dan sebagainya..ana dapat merasakan belajar bahasa rusia ini senang tetapi sampai satu masa yang ana tak dapat terima..terlalu BANYAK hukum tatabahasa mereka..ahh !!

Peristiwa yang tak akan dilupakan..semester pertama memang banyak benda baru dan menarik berlaku..ya dan satu daripadanya ..merajuk,menangis,menyampah dengan pensyarah rusia dengan alasan tak puas hati dengan dia..haha tapi semua itu telah bertukar menjadi sayang kepada Miss Anastasia dan mula berasa sedih bila dia akan meninggalkan kami..

Sejak daripada itu..azam untuk ke Nizhny Novgograd begitu tinggi..ingin berjumpa kembali Miss Anastasia!

Semester satu berakhir..

Semester 2

Orang kata..bila terasa bosan dengan belajar,nak cuti..nak cuti..dan bila dah bosan cuti,nak belajar..nak belajar..tapi nak belajar itu taklah sangat hehe..ya manusia tak pernah rasa nak bersyukur..setiap kali terasa kebosanan ..sikap ‘selfish’ mula menguasai diri..

Setelah cuti sebulan.. kami kembali ke INTEC bagi meneruskan perjalanan ..perjalanan mencari ilmu..semester yang lepas kami dibahagikan kepada tiga kelas..dan untuk kali ini menjadi dua..Perkara biasa..awal-awal kelas terasa asing sangat..macam baru jumpa..terasa seperti dapat kenalan baru..dan untuk kali ini kami menerima pensyarah rusia yang baru dari Volgograd..Miss Olga..

Miss Olga seorang yang gila-gila didalam kelas..ana sering merepek di dalam kelas..dan dilabelkan sebagai ‘kriklivaya devushka’ yakni gadis yang bising/nakal..haha Miss Olga cakap ‘a’ ana menjawab ‘b’ dia cakap ‘c’ ana jawab ‘b’ J

Semester 2 ini tidak semeriah semester yang lepas..dan ana dapati banyak masalah juga yang berlaku dalam kalangan kami..kesian kat Mr.President dan Miss Vice President kami..pening melayan karenah semua tetapi ana cukup bangga dengan mereka walau apa-apa hal yang kami timbulkan..alhamdulillah semua selesai..namun ada satu benda yang ana sedari..walaupun semua perkara yang tak dijangka berlaku ..nampaknya ukhuwah di antara kami makin rapat J



Semester 3

Nampaknya masa berjalan dengan pantas sekali..tup tup..kami dah sampai ke penghujung semester..semester yang terakhir ini hanyalah 2 bulan sebagai bulan intensif kami..apa yang ana dan sahabat-sahabat lalui sepanjang kelas intensif..hanyalah menghadirkan diri ke kelas bahasa rusia..terpaksa melayan karenah Miss Olga di dalam kelas..haishh kebosanan tahap melampau kerana setiap hari minggu kami akan dihidangkan dengan tatabahasa yang baru..kelas berjalan selama 5 jam sehari..

Hari-hari belajar bahasa memang membosankan..sampaikan ana menjadi ‘kepala’ dalam melambatkan masa sebab tak mahu belajar hehe dan ada juga dalam kalangan kami yang ‘ponteng’ kelas..macam-macam alasan yang direka-reka..sakit kepala..muntah..pergi tengok adik masuk pertandingan nasyid..kena balik awal…yang tak tahan sahabat-sahabat ana sengaja beli tiket bas balik awal sebelum habis kelas dan ada juga yang buat perjanjian bersekutu tak nak hadirkan diri ke kelas..haha ana fikirkan macam manalah si pemonteng-pemonteng kelas pergi menjelaskan kepada Miss Olga..sampai satu tahap Miss Olga marah-marah sebab TERLALU JARANG nak melihat semua orang hadir ke kelas..ehem ehemm ana seorang budak yang baik..ana ‘selalu’ hadir ke kelas tau! (>”<)

Miss Olga selalu pesan perkara yang sama kepada kami..

“Vie budusyiye vrachi..pechimu vsegda balit..pechimu hah! (Kamu semua bakal menjadi doktor..kenapa selalu sakit..kenapa hah!”

Lebih kurang macam itulah bunyinya..hehe

Disebabkan terlampau bosan dengan kelas bahasa..ana dan sahabat-sahabat selalu merancang nak keluar bandar..haha duit pun banyak habis..Kelas biasanya akan habis pada 1PM ..selepas habis kelas..sempat lagi kami keluar..tempat yang terlalu popular kami lepak ..tak lain tak bukan PKNS..kalau rajin sikit ke Sunway Pyramid..kalau terlampau rajin sangat ke KL..biasanya ana dan sahabat-sahabat selalu ke PKNS..balik lewat pun tak kisah sangat..kerja rumah buat esok pagi takpe..(sila jangan mencontohi perilaku ana ..heheh)

Yang paling best..ada satu hari ana dan sahabat-sahabat ke PKNS sampai malam balik..Masjid Biru juga selalu menjadi tempat perhentian kami..jalan kaki ke sana..solat berjemaah di sana..berusrah juga di sana..dan pernah kami berbuka puasa di sana.. Putrajaya juga pernah kami jejaki sempena kakak sahabat ana kahwin..jauh perjalanan..balik sampai lewat petang tetapi sahabat-sahabat ana nak sambung ke Masjid Jamek..shopping sikit untuk Annual Grand Dinner kami..ahh semua peristiwa yang yang berlaku membuatkan ukhuwah kami bertambah rapat..seperti adik-beradik J

Hrmmm..setiap kisah..drama..movie..dan sebagainya mesti ada kemuncaknya kan..ya percaya atau tidak memang berlaku dalam kehidupan kami di INTEC..



Kemuncak

Dah tak sabar rasanya nak ke Rusia..yelah setiap hari belajar dan belajar bahasa rusia..sejarah negara terbesar dunia ini juga dah melekat di kepala..semua yang ada di Rusia ..kami dah hafal sebab Miss Olga yang suruh ..haha..Ke ‘excited’an nak ke Rusia makin meningkat apabila Madam Rosha selaku penyelaras program kami beritahu yang pegawai-pegawai JPA nak jumpa !!

Wahh !! Tak sabar rasanya nak tanya mereka bila tarikh ‘fly’ memandangkan abah selalu bertanya..dan kebahagiaan nak berjumpa dengan pegawai-pegawai JPA makin menjulang apabila sehari sebelum perjumpaan dengan mereka.. penjahit-penjahit baju kot JPA bertandang..nak ukur itu dan ini..
Dan tibalah masanya ..pegawai-pegawai JPA datang dengan segak bergaya..mereka samapi sahaja dan terus membuat pengumuman penting..dalam hati berkata..

“Apa yang penting sanagt ni..?”

Nak dipendekkan ucapan pegawai JPA tersebut..

“Maaf..anda tak ke Rusia..tapi ke India..ataupun ke Indonesia..”

Ana dengan selambanya buat muka selamba..oh yeke..? Tetapi ana hairan melihat sahabat dan teman ana..ada yang menangis..ada yang marah-marah..ada yang banyak soal..dan ana buat muka tanda soal..apakah..? Dan lambat-lambat akhirnya ana mengerti apa yang pegawai JPA tadi sampaikan..ya kami tak akan ke Rusia tetapi kebarangkalian akan dicampak ke Indonesia..wahh terasa sia-sia kami belajar di INTEC selama satu tahun 2 bulan..alasan mereka mengatakan pihak MMC (Malaysian Medical Council) tidak mengiktiraf university disana..ahh ana dah pening..cuba menenangkan sahabat ana di sebelah..seperti di dalam bilik itu berlaku peperangan mulut yang amat DAHSYAT antara pelajar dan pegawai..ehem ehem..tetapi tidaklah dahsyat sangat..

Ahh..telefon ana juga banyak kali bunyinya..

Farah..betul ke kita tak jadi nak fly..?”

Sahabat-sahabat ana tajaan MARA kedengarannya seperti terkejut dengan berita tersebut..

Selepas daripada perjumpaan dengan mereka..rata-rata semua membuat panggilan dengan ibu bapa mereka..pegawai JPA tadi memberikan kami masa untuk berfikir..ke mana yang kami berasa sesuai untuk melanjutkan pelajaran..sama ada ke Indonesia kah..? ataupun dalam negara ..? Ada ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan..sampaikan mereka menelefon pihak atasan..ataupun yang bertanggungjawab dalam hal ini..semua ingin mendapatkan kebenaran dan kepastian!

Terasa satu dunia dah tahu akan berita gempar yang menimpa kami..mana taknya jika perantau dari Korea..Rusia..dan sebagainya mengetahi hal ini..ada juga sahabat-sahabat ana sendiri ingin berjumpa dengan pihak MMC..dan ada juga memberi cadangan supaya kita kena berjuang ..kita ada hak untuk membuat pilihan !! Wahh..semangat betul mereka semua..dan bagi ana ini merupakan ujian kedua terbesar selepas kematian arwah mamaku..bagi ana..apa yang berlaku itu semua kehendak-Nya..seandai itu takdir daripada-Mu ..aku redha ya Allah ! Teringat ana akan kisah Rabiatul Adawiyah yang redha akan segala yang terjadi kepada dirinya ..



Ya..semua berlaku dalam sekelip mata..terasa macam mimpi..tetapi apakan daya ini semua realiti ! Kalaulah semua ini tak berlaku..astaghfirullah ..kalau kalau ini semua permainan syaitan..dan pada awalnya ana tidak ingin menitiskan air mata..tetapi melihat sahabat ana dah mula teresak-esak dan tiba-tiba ana dapat panggilan daripada seorang Murabbi ana..ahh semua titisan air mata dilepaskan ..

Sahabat-sahabat ana yang mana tajaan mereka MARA juga tidak lepas untuk mengabil tindakan..mereka menelefon pihak MARA..dan kedengaran bahawa mereka mungkin akan dihantar ke Mesir..

Ya Allah..dugaan apa yang melanda ini..kami bakal berpisah antara benua-benua..sabarlah duhai hati..tetapi air mata tak dapat ditahan..ini memang betul-betul KLIMAKS dalam kisah kami..

Di suatu malam yang hiba..semua pelajar muslim program kami berkumpul..lagaknya seperti bulatan gembira pertama kami antara muslim dan muslimah..di bawah sinaran lampu yang terang..kami luahkan segala perasaan..waduhhh waduhhh terasa ‘sweet’ pula bila semua melepaskan segala perasan yang terendam..hehe

Nak ditambahkan ‘ajinomoto’ dalam kisah ini..pada hari jumaat di dalam minggu yang sama ..majlis graduasi kami akan berlangsung sekali dengan pelajar daripada program MEP dan juga ADFP/ACTP..ahh hebat betul drama kami kali ini..kelihatan Miss Olga-Miss Olga juga dilanda awan mendung..kesedihan bertambah lagi apabila Mr.President kami memberi ucapan dalam majlis tersebut..apa taknya kami graduan daripada Program Rusia tetapi bakal dicampak ke Mesir..Indonesia..? Kesemuanya mengalirkan air mata..memandangkan kami semua duduk menghadap barisan VVIP..mereka semua tertanya-tanya dan selepas daripada majlis tersebut..Ustaz Affuan memberi bibit-bibit semangat kepada kami..terima kasih ustaz J

Hari-hari pembelajaran berjalan seperti biasa..ya ada ke yang semangat nak belajar..? Pemonteng-pemonteng tegar seperti biasa..kelas tidak semeriah dulu..suasana sedih pun bermula..tetapi..
Suasana muram dan masam tidak sampai mencecah 2 minggu..berita baik seperti hujan ayam golek jatuh ke bumi..Mr.President buat pengumuman..

“Pihak JPA batalkan niat mereka ..kita akan ke Rusia..!”

Sebaik sahaja mendengar berita..semua meloncat-loncat..gembira tak terkira..hati ana mula berbisik..

“Eh..boleh pulak mcam tu..”  

Tapi Alhamdulillah..terasa waktu yang dihabiskan di INTEC akhirnya berbaloi ..tetapi ana terasa kisah ini sama seperti “Bawang Putih Bawang Merah’ ..semua pun boleh jadi ..ya dan ini semua belum berakhir lagi..
Ya..babak memeningkan kepala berlaku lagi..tetapi kali ini ujian di pihak pelajar-pelajar MARA..mereka diberi masa untuk membuat pilihan sama ada ingin ke CUCMS ataupun ke Rusia..ahh hati ini bertambah sedih lagi..pilihan di tangan mereka..dan masing-masing keliru sama ada ingin sambung ke mana.. boleh sambung baca di sini



Perpisahan

Di mana setiap pertemuan..yang pasti akan berlaku jua perpisahan..alhamdulillah semua masalah sudah pun selesai..kini tiba pula masanya kami ingin mengetahui ke mana kami bakal diletakkan..rata-rata semua tak sabar nak mengetahui ‘placement’ masing-masing..hrmm sememangnya ana berharap ingin ke Nizhny Novgograd sejak dulu lagi tetapi tidak meletakkan harapan yang tinggi pada keinginan tersebut..kebiasaannya apa yang ana harapkan akan berlaku sebaliknya..jadi ana redha ditempatkan di mana jua..

Kenapa ingin ke Nizhny..?

Seperti yang ana ceritakan pada awalnya..memang ingin berjumpa dengan Miss Anastasia..sampai sekarang ana masih lagi berhubung dengannya..di Nizhny belajar 5 hari seminggu..kedudukannya dari Moscow tidak sejauh macam Volgograd..ramai sahabat-sahabat MARA ke sana memandangkan mereka boleh membuat 
pilihan..dan banyak lagi kelebihan yang ana dengar ..

Ya..memang tepat jangkaan ana bahawa segala yang ana harapkan akan berlaku sebaliknya..yup inshaAllah pada 4hb September ini ana bakal berangkat ke sana..bagi ke Nizhny pula akan ke sana 2minggu selepas keberangkatan kami..

Ahh..Volgograd terkenal dengan ketegasannya..memang begitu mementingkan pelajaran sampai 6 hari seminggu ada kelas..ana dah bersedia dari mental dan fizikal dan sepertinya dah biasa dengan sistem pembelajaran di Volgograd..mana taknya setiap hari Miss Olga selalu marah-marah di dalam kelas.. ketegasannya jelas di wajah..ini mungkin hikmahnya memandangkan ini boleh melatih ana tahan maki sebelum masuk ke dunia HO nanti..haha boleh jadi juga..!Dan mungkin juga ada hikmahnya ana awal ke Rusia memandangkan abah ana bakal berangkat menunaikan haji..

Ya Allah baru ku sedar akan semua itu..akan  menanti hikmah yang lain J



Saat terakhir meninggalkan INTEC..terasa ingin memeluk semua sahabat..kenapa..? Ana bimbang..ya bimbang kita tak akan ketemu lagi..firasat ana mengatakan demikian..dan lihat..! Ahh terlalu rindu ..rindu ingin berbulatan gembira bersama Murabbi-Murabbi tersayang..rindu akan gelak tawa..keseronokan bersama..ke PKNS..shopping sakan bersama..berbuka puasa..terawikh..solat jemaah..semua yang indah yang kita lakukan inshaAllah akan sentiasa tersemat di hati ini..termia kasih juga kerana sudi menjadi sahabat ana untuk 1 tahun 2 bulan bersama..sudi menerima ana yang seba kekurangan ini..

Walau apa-apapun..di mana sekalipun kita belajar..ada kelebihan masing-masing kan ..tetapi apa yang memeritkan..ana dan sahabat-sahabat semua bakal berpisah..segala dugaan yang kita hadapi..semua itu amat manis untuk dikenang..berbanggalah duhai sahabat-sahabat ana sekalian walaupun program kita minoriti di INTEC..tidak nampakkah keutuhan ukhuwah yang telah terjalin..sampaikan kuat dugaannya untuk kita berpisah..kamu semua tetap di hati walaupun jarak yang memisahkan agak jauh juga..tetapi kita tetap bertapak di muka bumi yang sama..di negara yang sama..semoga dunia baru yang menanti di sana tidak akan memutuskan hubungan kita ..inshaAllah kuatkanlah hati dan iman..ingat daku dalam doamu..terima kasih untuk melengkapkan ‘Diari 69’ ana..terima kasih..!



No comments:

Post a Comment

,,