25 July 2012

Ikhlas Dari Seorang Bernama Sahabat


Salam Ramadhan Kareem semua… Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran di atas nikmat iman dan jasad kerana sekali lagi berpeluang untuk berpuasa di bulan yang penuh barakah pada tahun ini..
Sebelum ana menyusun kata .. izinkan ana menyapu habuk-habuk di sekitar blog ana ini ..huhu lama sudah tidak ber blogging..nak kata sibuk.. eh sibuk ke?? Kami di sini terlalu lapang sampaikan salah seorang daripada Murabbi ana berkata :

“Mesti korang dah banyak kali khatam Quran kan? “ /gulp/ tempiasnya begitu hebat dan dahsyat sekali..ana cuba mengimbaskan kembali adakah ana terlalu lagha sepanjang bulan intensif ini? /angguk2 geleng2/  
Semoga di bulan Ramadhan ini ana dapat meng ‘top up’ balik setiap detik yang telah ana baziri..  

“ Masa itu ibarat pedang yang tajam..jika kamu tidak memotongnya..maka kamu akan dipotongnya..”



Baiklah..ini bukanlah sebuah entri keluaran khas sempena Ramadhan..Cuma tangan ana terasa gatal untuk menaip buat sahabat-sahabat ana yang mungkin buntu untuk buat pilihan..(sekiranya antum dan antunna faham)

Dalam dilema

Debaran nak ke luar negara tak terasa..terus menjalani kehidupan sebagai pelajar INTEC seperti biasa..mengharungi perjalanan hari-hari yang tak dapat dijangka oleh akal dan juga fikiran..

Pada suatu hari..kelas rusia berjalan seperti biasa..tiba-tiba..

/munjo washongg munjo washongg/

1 mesej masuk..

“Kepada budak-budak MARA..anda diminta pilih antara dua ..nak ke CUCMS atau ke Rusia..dan sila beri jawapan pada hari Khamis ini (esok)”

Selepas ana baca mesej tersebut daripada seorang sahabat ana ..fikiran di hati..

“Ya Allah..datang lagi ujian kepada kami..”

Walaupun ana bukan menjadi mangsa pada kali ini..namun cukup terasa di hati.. Andai kata kami tidak dapat bersama..terasa nak pecah hati ini..ibarat segelas kaca yang pecah ..
Mana tak sedihnya..selepas 1 tahun 2 bulan kami bersama-sama..namun akan terpisah dengan hanya kehadiran satu mesej yang bernilai 1sen (antara Celcom dan Celcom)
Setiap wajah sahabat-sahabat ana ditatap.. ana tidak mampu untuk menolong mereka membuat pilihan..hanya hati yang sentiasa berdoa buat mereka..

“Ya Allah..semoga mereka dapat buat pilihan yang terbaik..bukan untukku tetapi untuk agama-Mu Ya Rabbi”

Ana bertanyakan kepada mereka..

“Dah buat pilihan..?”

Ada diantaranya menjawab..

“InsyaAllah ke Rusia..”

Dan ada juga menjawab..

“Hrmmm tak tahu lagi..apa pendapat Farah?”

Jika ditanyakan pendapat ana..semestinyalah ana akan menjawab.. “Jom ke Rusia sama-sama!”

Walhal ana tak dapat nak memberikan pendapat yang bernas bagi kamu sekalian..namun hati ini ingin sekali menarik semua sekali ke Rusia ..bersama-sama kita mengharungi cabaran dan dunia baru di luar sana..

Nasihat untukmu sahabat

Ana berharap kalian semua dapat buat keputusan yang terbaik.. bukan buat pilihan berdasarkan semborono begitu..tetapi fikirkanlah untuk diri sendiri..keluarga dan yang paling utama sekali untuk kita mencapai redha daripada Illahi ..buat agama Allah ..setiap tempat yang beri insyaAllah ada rezeki masing-masing dan ke mana-mana sahaj kita boleh menuntut ilmu asalkan niat yang kita bina itu betul..

Mungkin yang ingin ke luar negara berniat seperti..

“Yeaa dapat naik kapal terbang 16 jam ..dapat pakai baju sejuk berbulu..kawin awal!!”

Dan mungkin yang berniat untuk ‘stay’ di dalam negara..

“Wahh ..dapat balik rumah setiap minggu..dapat jumpa ehemmm ehemmm setiap masa”

Fikirkanlah..bukan semua itu tujuan hidup kita.. ana seringkali berpesan pada diri..hidup ini hanya untuk beibadah kepada Allah dan menjadi Khalifah di bumi untuk memakmurkan bumi..dan insyaAllah 2 tujuan hidup ini kita dapat laksanakan dengan susunan niat kita yang betul..ikhlas buat segala benda kerana Allah..berusaha…berterusan berdoa kepada-Nya..dan akhir sekali tawakal segala usaha kita kepada Allah..

Semua benda nampak mudah..tetapi bila tiba masa untuk melaksanakan ..manusia mencipta pelbagai alasan..akhirnya rebah di riba hasutan syaitan..Na’udzubillah..ana tidak mendoakan sebegitu namun ana berharap..moga-moga sahabat-sahabat ana semua dapat membuat pilihan yang sesuai dan TEPAT .. walaupun jarak yang akan memisahkan kita..tapi tujuan hidup kita masih lagi dapat menyatukan kita bukan? Bukan sekadar ingin mengejar cita-cita sebagai seorang doktor..jika tidak menolong agama-Nya juga..sia-sia..

-                                                                 

Dan tak kurang juga ..janganlah kita cuba menyalahkan yang lain disebabkan satu masalah yang timbul.. ana ingin sekali kongsi satu kata-kata :

  To all those broken or hopeless, I have learned this: 
Be grateful for every single person who was part of your story. The ones that hurt you. The ones that helped you. The ones that came, and the ones that left. They all taught you. Don’t think for a moment that any of it was random. There are no oversights with God. Only perfectly crafted chapters in each unique journey.” –

Yasmin Mogahed-

Okay..baiklah..mungkin entri kali ini bukan ada jalan penyelesaiannya..namun seperti ana katakan tadi..ana hanya mampu berdoa buat sahabat-sahabat ana..semoga mereka diberikan ilham untuk membuat keputusan yang terbaik..

Sempena di bulan yang baik ini..jangan tangguh-tangguhkan lagi untuk beribadah..semoga diberikan cahaya petunjuk daripada –Nya..insyaAllah..sesungguhnya istikharah itu pilihan yang terbaik jika kalian semua sempat melaksanakan ..ana berharap antum dan antunna semua dapat menerima ana sebagai SAHABAT dan bukan MUSUH..dan jika ana tak layak untuk menjadi sahabat anggaplah kita sebagai kawan..ya sahabat dan kawan itu ada bezanya..dan ana mohon jangan sebarkan keburukan di kawasan yang umum..tegurlah dari hati ke hati..ana sudi mendengar..J

Cukup setakat ini sahaja..jika ada yang terasa..ana mohon ampun dan maaf.. jika ada kesalahan sepanjang ana menulis..teguran dan nasihat dipersilakan..yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu daripada ana sendiri ..sesungguhnya bukan berniat untuk memburukkan keadaan..ini sekadar pendapat yang ikhlas dari seorang yang bernama SAHABAT..




p/s:  sebenarnya ini sekadar entri semata-mata..alhamdulillah perkara ini dah selesai .. dan insyaAllah semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya..



No comments:

Post a Comment

,,