17 June 2012

Yang bakal menanti..

klik pada gambar untuk saiz besar 

Salam ukhuwah fillah sahabat-sahabat sekalian..alhamdulillah bersyukurlah di atas semua nikmat yang diberikan oleh-Nya untuk kita..dan ana memanjatkan kesyukuran kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk meng’update’ blog yang sekian lama dah ditinggalkan..banyak perkara yang telah berlaku sepanjang bulan intensif ini..untuk tidak menghampakan antum dan antunna semua..insyaAllah ana cuba berkongsi setiap pengalaman yang ana lalui dan cuba mengaitkan semuanya..

2 Bulan

Buat pengetahuan kalian semua..insyaAllah tak sampai 2 bulan lagi ana bersama sahabat-sahabat perjuangan ana bakal berangkat ke Rusia bagi meneruskan pengajian dalam kursus perubatan selama 6 tahun..! Ya 6 tahun..dan semakin hampir masa kami bakal ke sana semakin ana ketakutan..ya Allah ana bakal menduduki di negara terbesar di dunia selama enam tahun..di negara bukan islam!! Ketahuilah saudara-saudari sekalian ..kegelisahan dan perasaan gementar ana makin bertambah sebaik sahaja seorang sahabat ana berkongsi satu artikel ditulis oleh senior kami perihal pengalaman beliau sepanjang berada di sana (/^^)/

Artikel berkenaan bukan untuk menakutkan kami semua tetapi sebagai perkongsian..dan melihat perkara apa yang berlaku di sana bukanlah sesuatu yang biasa kita alami di negara sendiri..kalian mengertikah? Kebanyakan penduduk di sana beragama kristian bermazhab orthodox .. ayat yang membuat ana tertarik dan mudah berada dalam ketakutan daripada artikel tersebut..

para pelajar yang datang ke bumi Russia ini, akhirnya akan menjadi salah satu antara dua – sama ada menjadi lebih baik dari sebelumnya, atau menjadi lebih buruk daripada sebelumnya.  _leokid “

Ana baru sahaja diuji..laptop ana mati dalam satu..dua hari ni..itupun sudah membuat ana terasa kehilangan sangat sangat..ya Allah kuatnya cintaku pada dunia..diuji sedikit macamtu dah mula menangis..hilang arah tuju..sebab itu perasaan gentar mula menguasai diri..ana takut tak boleh hadapi ujian yang lebih berat apabila menetap di negara asing L

Ya Allah..ayat tersebut selalu terngiang-ngiang di kedua belah telinga ana.. takut tidak berjaya mengawal diri di sana..takut tiada siapa yang akan membantu ana berjalan kembali seandai ana jatuh tersungkur di tengah jalan dan takut ana tidak berjaya mempertahankan iman dan kembali ke arah pemikiran jahiliyyah ..wallahu’alam moga-moga iman ana dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian semakin kental dan KUAT hendaknya insyaAllah..

Sebab itulah pentingnya kehadiran sahabat-sahabat kita di waktu berada di dunia asing..tiada ibu bapa dan adik-beradik..malah saudara-mara melainkan hanyalah mereka bergelar sahabat.. ana berharap agar semua sahabat ana sanggup merangkak bersama-sama tak kira waktu susah dan senang sepanjang menempuh hari-hari di bumi salju nanti J




Adakah mereka SAMA?

Masyarakat dunia ini berbagai bangsa ,bahasa dan juga adatnya..mana mungkin ada yang SAMA.. begitulah juga ana memikirkan..bagaimana ana akan melalui hari-hari di sana bersama-sama masyarakat asing di sana..mereka bukanlah seperti warga negara kita..Malaysia..rakyatnya begitu terkenal dengan manis budi bicaranya..murah dengan senyumannya..ana terbayangkan di sana hidup bersama-sama mereka yang senyumannya tersembunyi susah dicari..dan rata-rata mereka semua jarang bermanis muka malah sentiasa kelihatan ‘serius’..itu apa yang ana dengar daripada pensyarah Sejarah Rusia tahun lepas..ya Allah..adakah ana mampu berhadapan dengan budaya mereka yang agak sosial berbanding dengan kita negara Islam..bayangkan..

Ana mungkin akan merindui masyarakat kita nanti apabila setibanya ana menetap di sana.. dan mungkin ana juga mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang cukup manis untuk ditatapi bersama..


1) Satu Ringgit Malaysia

Di hari minggu yang cukup membosankan..hanya tinggal ana dan seorang sahabat ana di Kolej Cemara..dua sahabat lagi pulang ke rumah ..untunglah bagi mereka yang rumahnya dekat..tiba-tiba sahabat ana mengajak ana keluar:

‘Farah jom ke PKNS tengahari ni..bosanlah duduk rumah’

Memandangkan tiada apa yang perlu diuruskan..ana sahut sahaja ajakan sahabat..
Dari kolej nak ke PKNS sekadar menaiki bas RapidKL sahaja dengan tambang sebanyak RM1.. sewaktu ana menaiki bas tersebut ..kebetulan ana tiada duit kecil untuk memberikan kepada ‘driver’ bas begitu juga sahabat ana..dia juga tidak dapat membantu ana untuk membayarkan tambang tersebut ..dan dengan itu..secara tidak langsung pantas sekali tangan ana terkial-kial mencari RM1 di dalam beg..dengan harapan timbulnya duit tersebut.. dalam pada waktu yang sama seorang perempuan kemungkinan masih lagi dalam lingkungan 20-an sudi membantu ana..dia menghulurkan RM1 kepada ana..di saat itu cukup mengharukan.. iyalah.. kenal pun tidak..baru kali pertama bertemu dengannya..tetapi dia sanggup menggadaikan satu ringgitnya itu kepada ana..dan seperti biasa ana masih lagi  bingung sama ada ingin menerimanya ataupun tidak..

‘takpelah..ambil jer duit ni..’

Orang kata ‘rezeki jangan ditolak’ ..ana terus mencapai duit sambil mengucapkan terima kasih..sekali lagi terima kasih kepada orang yang sudi membantu ana..sungguh terharu sekali..baik sungguh rakyat Malaysia ini..apakah sifat masyarakat kita sama dengan mereka di sana? Adakah mereka SAMA?

2) Jom Ma’thurat sekali

Oh budak-budak baru sudah mula memenuhi Kolej Cemara/Akasia dan kebanyakannya mereka dari Middle East Prog. dan selebihnya dari Korean dan Japanese Prog. tidak lupa juga ana bertemu dengan junior ana di sekolah lama dulu dan juga seorang kenalan satu kampung ..terasa sedikit yang ana ini merupakan ‘senior’ di INTEC huhu..alhamdulillah sesudah ana ber ‘BTN’ akhirnya ada juga peluang untuk mengenali wajah-wajah baru yang bakal meneruskan suasana tarbiyyah di INTEC..

Di suatu petang..ana dan sahabat-sahabat bersama-sama junior-junior ini berkesempatan mengikuti majlis ilmu yang di adakan di sebuah kelas ..walaupun majlis itu tidak semegah mana..namun pengisiannya cukup mantap dan disampaikan oleh ustaz yang HEBAT ..

Alhamdulillah seusai sahaja majlis ilmu tersebut..kami terus pulang selepas menunaikan solat asar berjemaah.. bas tak penuh lagi..seperti biasa ana harus menunggu dan kebetulan di tempat duduk sebelah ana kosong dan di isi dengan kenalan baru..junior dari Middle East Prog. ..sempat lagi berkenal-kenalan dengan adik ini..beliau cukup peramah dan mesra orangnya..dan kemudiannya beliau mengeluarkan ‘smart phone’ nya..lantas menekan butang apa ana pun tidak tahu menahu..

‘Akak..nak baca ma’thurat bersama’

Subhanallah..begitu mulianya hati beliau..dan ana cukup kagum dengan budi pekertinya.. dan ana terasa rendah diri ..kerana begitu leka ana juga lupa untuk membaca ma’thurat..lantas ana menolak dengan sopannya dan meneruskan niat dengan mengeluarkan ma’thurat kecil ana dari dalam beg..alhamdulillah syukur sebab petang tersebut tidak terlepas dari membacanya..terima kasih duhai adik kerana sudi mengingati diri ini huhu J

Adakah masyarakat di sana SAMA dengan kita..yang tanpa mengira masa akan mengajak kita berbuat ke arah kebaikan sedangkan majoritinya adalah yahudi!! Adakah mereka SAMA??

Jawapannya..2 bulan akan datang insyaAllah huhu J







Serangan

Ini bukan bermaksud masyarakat di sana suka menyerang..bukan dan tidak sama sekali..! Yang ana bimbang sekarang ialah takut mereka menguji iman kita dengan soal jawab agama dengan kita..adakah anda mampu dan sudah terlalu handal untuk berbuat demikian? Persoalan ini timbul apabila ana pernah diserang oleh seorang kawan yang beragama kristian di laman ‘Facebook’ ..ana ada berkongsi satu link berkaitan tutup aurat tak lama dahulu dan tak diduga dan dijangka dia tiba-tiba memberi komen dan pendapatnya ..ini membuatkan ana cukup gelisah..

‘alahai macam mana nak jawab..in English pulak tu’

Dan Alhamdulillah..akhirnya dia faham dan cuba menghormati agama kita sepertimana kita menghormati agama mereka..




Tetapi..masalahnya masyarakat di sana bukan semua yang reti berbahasa Inggeris..mereka juga cukup suka mengagungkan bahasa mereka dan sebab itulah kami di sini terpaksa mengikuti kursus bahasa rusia sebagai persediaan komunikasi di sana nanti..dan sebab itulah timbul kesedaran dalam diri untuk meguasai bahasa tersebut..ana cuba mengaktifkan diri dalam kelas..cuba menghadirkan diri untuk setiap kelas walaupun agak malas sekali berhadapan dengan hari yang sama..setiap hari di sajikan dengan 5 jam belajar bahasa saja..

Alhamdulillah apa yang menguatkan ana untuk terus belajar bahasa..ana teringat akan kisah dari senior ana yang sudah pun menamatkan pengajian di sana..beliau menceritakan pengalaman beliau di sana perihal menolong seorang wanita berbangsa Rusia memeluk Islam..tidakkah anda turut mahu menjadi satu daripada mereka yang memerlukan bantuan dari sudut agama? Sudah tentu ana juga ingin merasai pengalaman sebegitu..beliau juga menceritakan pelbagai dugaan yang beliau alami..dan yang hebat sekali sampai sekarang senior ana masih lagi berhubung dengan saudari muallaf tersebut.. Subhanallah !!



Dan semua ini juga sebagai peringatan untuk diri sendiri juga..ana terlalu takut..takut leka dengan dunia di sana..al-maklumlah duduk di negara asing mesti ada juga rasa gembiranya..tapi insyaAllah perasaan takut..gelisah dan gementar itu akan hilang kalau kita saling mengingati antara satu sama lain..diharap sahabat-sahabat seperjuangan ana juga terus menegur segala salah dan silap ana ..segala bentuk teguran ana terima insyaAllah dan semoga iman kita bertambah KUAT dan keyakinan kita terhadap islam tidak semakin pudar..malah terus menyemai semangat cinta kita terhadap agama..sama-samalah kita niat belajar untuk membantu agam..masyarakat dan negara nanti..amin ..

1 comment:

  1. assamualaikum ukhti.. :)
    insyaAllah, kita akn sma2 m'harungi susah dan senang di sna 6t..
    syue de utk farah dan farah de utk syue..
    insyaAllah, kita akan sling b'pesan d mengingati antara 1 sama laen..
    we hav each other n we hav ALLAH !
    sedarkn syue di kala syue terleka yep..
    syue perlukan sahabat spt farah.. :)

    ReplyDelete

,,