01 June 2012

bintulMalik @Indonesia


Salam ukhuwah sahabat-sahabat..moga2 iman kita sentiasa dalam keadaan KUAT hendaknya.. alhamdulillah di sini ana nak memanjatkan kesyukuran kerana telah bermulanya semester baru buat ana dan teman seperjuangan di sini..untuk makluman kalian..semester ke-3 ini..kami hanyalah belajar bahasa sahaja dan ini sangatlah membosankan ..beginilah manusia..terlalu ‘selfish’ kata orang..selalu hendak puaskan diri sendiri..jikalau terlalu stress dengan belajar banyak perkara..hati ‘melalak’ inginkan rehat..bila terlalu sedikit perkara yang perlu di tekankan..mulalah dah berasa bosan..selalu tidak bersyukur dengan nikmat /ketuk kepala diri sendiri juga/ berharap kalian semua dapat memanfaatkan nikmat masa lapang masing-masing.. kemungkinan ada keseronokannya jika kita membuat sedikit kelainan dalam kehidupan..insyaAllah J

Baiklah..kali ini ana ingin berkongsi sedikit mengenai  perjalanan ana ke negara orang..banyak perkara yang ana belajar..walaupun hanya untuk 4 hari  3 malam..
Kisahnya bermula daripada mama ana yang merupakan seorang ‘traveller’. Asal dapat cuti sedikit ..mulalah buat perancangan ingin merantau ke negara orang..biasanya mama ana selalu ‘travel’ dengan kawan-kawannya..tetapi kali ini ana telah mengambil peluang untuk travel bersama-sama rombongan jabatannya ke Pekan Baru dan Bukit Tinggi yang letaknya di negara jiran kita, Indonesia..


Bermulanya perjalanan ana pada hari Sabtu yang lalu..kami bertolak dari rumah (Besut) seawal 5 pagi untuk ke Kota Bharu..menaiki flight di sana ke Kuala Lumpur..sesampai di LCCT ana dan sekeluarga terpaksa menunggu flight yang seterusnya ke Pekan Baru selama 4 jam ..memandangkan penerbangan yang sebenar terpaksa di tunda..

Sesudahnya..kami sampai di sana pada pukul 2 petang (waktu Indonesia) hanya tolak 1 jam daripada waktu Malaysia.. di Pekan Baru tiadalah tempat istimewanya untuk kami berkunjung..oleh itu kami telah menaiki bas ke Bukit Tinggi ..dan untuk pengetahuan antum antunna semua..perjalanan kami ke sana telah memakan selama 5/6 jam..hari pertama perjalanan memang amat meletihkan..ahhh yang paling sedih..kami ke sana agak lewat dan tidak dapat menikmati pemandangan ..kata orang..pemandangannya cukup indah..apa boleh buat..ana hanya tidur sepanjang perjalanan.. TETAPI apabila ana memerhatikan jalan dari Pekan Baru ke Bukit Tinggi amatlah MENAKUTKAN ..ini adalah kerana kami harus menaiki dan kemudiannya menuruni bukit..amatlah dahsyat jalannya..bayangkan kalian semua..di waktu malam terpaksa melalui jalan yang cerun..

Perasaan ingatkan mati terus berlegar-legar..tetapi Alhamdulillah ana selamat pun sampai..

Keesokan harinya pula..kami di bawa berjalan ke ‘Rumah Gadang’ (rumah besar)..rumah gadang ni macam rumah minangkabau ..memang ada perkampungan orang minang di sana dan kebetulan di Bukit Tinggi memang kebanyakannya orang minang dan beragama Islam..di sana ana belajar sejarah mengenai orang minang lah jawabnya..dan ana juga mencuba pakaian kahwin mereka..sekali pakai RM12 seorang..berat terasa kepala memakai takhta di atas kepala..haha J




Seterusnya kami ke ‘Lobang Jepang’ (Lubang Jepun) yang telah ditinggalkan oleh tentera-tentera Jepun..mereka telah memaksa orang tempatan untuk menggali lubang tersebut sepanjang 132 anak tangga ke bawah tanah..di sana tiada tangga bergerak..terpaksa kami turun dan naik menggunakan anak tangga sahaja (amat melelahkan) dan yang menariknya..di dalam lubang itu terasa sejuknya..bukan bermaksud ada air-cond..tetapi dengan menggunakan udara dari luar (hebat bukan tentera Jepun berfikir..anda?)

Kemudian kami singgah ke ‘Jam  Gadang’ (Jam Besar) dan di sana memang terdapat jam besar..di sana jugalah kami semua membeli-belah..mereka-mereka yang berduit amatlah sakan ‘bershoppingnya’.. ana hanya melihat L tetapi yang seronoknya berpeluang juga menaiki kereta kuda..mengelilingi kawasan di sana..




Pada hari berikutnya..kami ke Aur Kuning..satu tempat untuk membeli belah juga..ana tidak membeli..hanya membelah hahaha..alhamdulillah abah ana belanjakan ana sehelai jubah dan blouse panjang dan tidak lupa 2 pasang kasut..hehe terima kasih abahku..juga berkesempatan dapat menaiki ‘angkut’ di sana dan petang itu juga ana dan rombongan bertolak terus ke Pekan Baru.. ahh kali ini kami bertolak awal ke sana dan dapat menikmati pemandangannya ..memang HEBAT ciptaan Allah..Subhanallah memang cukup indah ..kelihatan Gunung Merapi..bukit-bukau yang menghijau.. dan di sini juga ana berkesempatan sekali lagi dapat melihat jalan yang cerun itu..cukup sedih sebab tak berpeluang ambil gambar ..ana tertinggal kamera ana di rumah L alangkah bahagianya sekiranya ana dapat berkongsi apa yang ana lihat..memang cukup menggerunkan kalau antum antunna semua dapat melihat dari atas bukit melihat ke bawah..dengan keadaan jalan yang sempit (kalian dapat bayang ke tidak?haha)




Baiklah..kali ini ana ingin kongsikan dari sudut agama dan sosial mereka..buat pengetahuan kalian ..kawasan yang ana kunjungi adalah kawasan 80% penduduknya menganuti agama Islam.. Subhanallah setiap kawasan akan dikelilingi dengan masjid dan surau..walaupun terlalu banyak mushallanya tetapi setiap waktu akan berisi..tak kira tua dan muda masjid dan surau di sana tetap akan dikunjungi oleh mereka-mereka yang hatinya telah bertaut dengan agama..di negara kita? Setiap kali habis berjemaah..setiap itu jugalah kedengaran tazkirah ringkas dari imam kepada makmum-makmumnya..dan yang hebatnya..selepas subuh..tidak cukup  dengan kuliah..mereka sambung pula dengan aktiviti-aktiviti buat kanak-kanak..bertasmi’ bacaan solat dan di antara waktu maghrib dan isya’nya pula di isi dengan bacaan tarannum dari beberapa orang remaja..di sana juga ana berpeluang melihat satu perarakan  terdiri daripada kanak-kanak..dan rupa-rupanya mereka berarak sempena khatam Quran..!! Hebat bukan..cubalah pula bandingkan suasana Islam kita dengan mereka..

Ana tidak cuba untuk mengatakan negara mereka bagus dan negara kita tidak..bukan!! Tetapi sebaiknya ambillah yang baiknya dari mereka untuk kita perbaiki suasana Islam kita di sini..bukankah kita negara Islam juga..Cuma suasana ISLAM sebenar yang kita tak nampak lagi..
Dan apa yang ana lihat..memang kebanyakan orang-orang di sana nampak susah..terpaksa bekerja KERAS untuk hidup..dan apa yang ana lihat..anak-anak muda di sana tidak memilih dalam membuat pekerjaan..tidak kira apa yang di suruh mereka sanggup asalkan dapat upahnya..inilah yang kita nak!! Anak-anak muda yang TIDAK BERPUTUS ASA!! Ini tidak..kita lebih suka menganggur dari menjadi hamba..antum antunna ingat rezeki akan bergolek semudah itu sahaja ke!! Kita nak berjaya haruslah dari bawah..dan kemudian insyaAllah dengan berkat usaha kita akan KE ATAS !!! Macam kita hidup ada peringkatnya bukan ??


Inilah sahaja ana dapat kongsikan..ingin sekali nak berkongsi semua..tetapi apakan daya..ana menaip sekadar apa yang ana dapat ingat ..asalkan ada sedikit manfaatnya buat kalian semua..pertama kali melihat dunia orang memang cukup menarik dan ana juga tidak sabar nak melihat dunia yang lain pula J InsyaAllah..

p/s: topik nikah khitbah ditangguhkan untuk sementara waktu..

No comments:

Post a Comment

,,