24 May 2012

Anda dah cukup HEBAT !


Salam sayang fillah sahabat2 sekalian..alhamdulillah peperangan ana dah lama berakhir.. masuk mood cuti pun dah lama dah sangat..Cuma tak rasa nak berblogging jer..tapi banyak jugak benda nak dikongsikan.. cuti kali ini agak membosankan..nak keluar rumah pun susah L bila terasa nak ambil lesen kereta ..tak boleh..buat ini tak boleh semua tak boleh..tak pelah semua ada hikmahnya..

Kali ini ana cuba nak mempersoalkan..anda terasa diri anda HEBAT sangat ke?

Topik ini tetiba muncul bermula daripada kisah ana keluar berjalan-jalan ke KLCC ..dengan niat nak mencari baju dan novel terbaru karya Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi.. ketika ana sibuk bersiap..terdetik di hati ana..

‘ermm rasa macam nak bawa al-Quran kecilku sekali..sambil tunggu KTM boleh baca kejap..’ fikir hatiku..

Tetiba pulak rasa ’Farah tak rasa nanti riak ke bila orang nampak baca al-Quran..’
Baru nak sumbat Al-Quran dalam beg..tapi keluarkan balik..niat terbatal..huhu

Tiba sahaja ana di Stesen KTM..macam biasa..lambat..kena tunggu..
Sewaktu ana menunggu..ana terlihat seorang lelaki berbangsa Arab sedang duduk sambil membaca..ana ingat lelaki Arab tersebut membaca novel ke kan tetapi dia sedang membaca al-Quran!! Bukan setakat membaca..siap hafal lagi!! MasyaAllah melihat diri ana pula dah la berdiri..tunggu macam tiang je rasa..timbul sedikit keinsafan..cepat-cepat mengalunkan zikir di hati dan tiba-tiba hati ini terasa menyesal..menyesal sebab tak bawa al-Quran sekali ..kelihatan bangsa melayu pula sibuk berbual.. melihat perbezaan ini..memang adat sesuatu bangsa itu tidak boleh berubah eh?? Hati ana sedih..



Sampai sahaja di KL Sentral..ana terus ke stesen LRT untuk ke KLCC..sambil menunggu LRT seterusnya..kelihatan seorang wanita yang buta juga sedang menunggu..terdetik di hati..

‘Kesian makcik ni’

dan alhamdulillah ada juga yang sanggup menolong mak cik tersebut..tetapi yang membuatkan ana rasa terharu kerana wanita yang sudi membantu mak cik tersebut adalah golongan daripada bangsa Arab juga..Subhanallah sekali lagi ana melihat diri ana yang tidak laju tangan untuk memimpin wanita tersebut..ya Allah bertapa mulianya mereka dan mereka juga kelihatan sangat mesra sekali berbual..tibanya LRT sebelum masuk ana memperhatikan di tangan wanita Arab itu ada sedikit wang..hurmm mungkin nak beri kepada wanita buta itu..wahh HEBATNYA!!

‘Bangsa lain lagi hebat daripada kita..inilah buktinya !!'

Melihat semua ini ana terasa malu..malu sangat sangat..kita sibuk berbual..orang lain sibuk menghafal al-Quran..bangsa kita sendiri yang di timpa kesusahan telah ditolong oleh bangsa lain..di negara kita sendiri !! Haa yang sibuk ber’Facebook’ ber’Twitter’ ..yang tengok bola..yang layan drama korea..Running Man..ehemmm anda tak terasa malu ke? /ana malu/ (())
Tapi yang ana kagum..Islam itu indah kan..! Saudara seagama sanggup berbuat apa sahaja KERANA ALLAH..Islam tidak mengira kaum apa..bahasa apa asalkan kita menjadi satu..saling membantu..itulah yang ana suka lihat tetapi..anda tu menganut agama apa? /tempias untuk diri sendiri juga..
Ana harap..ana juga boleh berubah untuk menjadi insan yang lagi HEBAT..ana juga mengharapkan antum antunna sekalian juga cuba membuat perubahan ke atas diri sendiri...

’Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri.’
(Surah Ar-Ra’d ayat 11)

InsyaAllah ana juga ingin mejadi doktor yang terbaik..yang mampu membantu agama ISLAM..
Teringat ana akan pesan abah ..seperti biasa..setiap kali abah memandu ..di dalam kereta sahaja abah sempat memberi sedikit nasihat kepada ana.. dia berpesan..

‘Farah..nanti kalau dah jadi doktor..jadilah doktor yang hebat..bukan hebat di dunia tetapi hebat di mata masyarakat..jangan sesekali marah kat pesakit..tegur elok-elok..kalau pesakit tak de duit..bagilah free.. insyaAllah free kita di akhirat..’

Ingin sekali ana ingin menjadi seorang doktor yang HEBAT seperti yang diimpikan oleh abah..
Oleh itu..sahabat-sahabatku..cerminlah diri anda semua..dah terasa hebat sangat ke kalau dapat pegang iPhone 4S..dah terasa sempurna ke boleh beli Samsung Galaxy S3 ..kalau anda benar-benar hebat..mengapa membiarkan agama kita sendiri dipijak-pijak oleh kaum lain..inilah puncanya apabila kalian semua sibuk mengejar dunia..belum tahu erti sebenar tujuan hidup masing-masing.. dibiarkan sahaja saudara seagama di negara lain ditindas..dikeji..dimaki..di BUNUH!! Subhanallah.. dunia sekarang semakin kejam..salah siapa lagi kalau bukan kita tak cuba mengubah diri kita.. !! Ohh sebabnya memikirkan antum dan antunna semua dah HEBAT !! Dan hati-hati sahabatku..orang yang terasa diri hebat perlu ketahui bahawa ada lagi YANG MAHA HEBAT !! 



Lihatlah di bumi Syria..di bumi Palestin..kita bukan lagi di zaman dulu kala..zaman Rasulullah apabila ISLAM sendiri ditindas..datang tentera-tentera Allah membantu..kita sekarang hidup di zaman yang penuh cabaran..dan ujian yang Allah sendiri ingin lihat setinggi mana iman kita..!
Jangan di buai angan lagi bahawa datangnya burung-burung ababil untuk meleparkan batu daripada neraka Sijjil …Berpeganglah dengan janji Allah..Sesiapa yang sudi membantu AGAMANYA nescaya kelak dia akan dibantu oleh ALLAH kembali..dan sambil kita memperbaiki diri sambil itu jugalah kita sentiasa berdoa kepada-NYA..bagaimana mungkin Allah menolak doa kita sedangkan DIA juga memerintahkan kita berbuat demikian..bahkan sukanya DIA mendengar rintihan kita..

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk


(Surah al-Baqarah, 186).

Oklah..setakat ini sahajalah coretan ana untuk kali ini..kalau ada silap dan salah dalam penulisan ana mohon tunjuk ajar..setiap manusia ada cacat celanya sebab itu kita harus tidak malu sentiasa meminta nasihat daripada orang lain kerana itu satu daripada cara..untuk MEMBUAT PERUBAHAN..

-Selamat membaca-

p/s: ana tak jumpa baju yang ana nak dan juga novel 'Cinta High Class' huhu sedih tapi alhamdulillah dapat pengalaman baru (^^,)b dan insyaAllah next post nak cakap sikit pasal nikah gantung @ nikah awal..anyone excited !! /ana  sorang je kot/ hehe

No comments:

Post a Comment

,,