01 May 2012

Apa yang ku harapkan..


Salam sayang fillah sahabat-sahabat  sekalian..Apa khabar iman dan jasad..? Moga-moga iman kita sentiasa dijaga dalam keadaan zon selesa insyaAllah..tetapi apakan daya ..memang iman setiap insan akan naik turun tidak seperti malaikat dan nabi-nabi terdahulu.. Subhanallah ..ana harap iman kita tidak akan pernah berubah ke arah kekafiran..

‘Ya Allah aku pohon kepadaMu ..tetapkanlah hati hamba-hambaMu ini..sesungguhnya..Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..kepada Engkau jualah kami berharap agar dijauhkan dari segala fitnah di dunia ini..’

Seperti biasa..setiap apa yang ana lihat, dengar dan yang pernah ana lalui..di sinilah tempat ana berkongsi..insyaAllah setiap pengalaman hidup itulah yang akan mematangkan fikiran kita dan sememangnya banyak benda yang ana lalui semenjak meninggalkan alam persekolahan..
Macam biasa..setiap pelajar akan berasa tekanan hidup..asyik belajar..belajar..dan terus belajar..Memang itu tugas kita sebagai pelajar..nak bekerja kenalah penuhi dada ini dengan ilmu dulu..tapi perkara yang susah sekali bagi pelajar apabila masa nak penuhkan dada mereka dengan ilmu..nak kena hafal itu dan ini..macam-macamlah..Sebab apa ilmu itu susah sangat nak lekat kat kita walaupun dah satu dua muka surat doa belajar dibaca..? 



Di sini bukanlah tempat ana nak kongsi tip-tip cara belajar..antum dan antunna ada akal?? Fikir-fikirkanlah..Kenapa ilmu susah nak masuk??
Begitulah juga ana sebagai insan biasa yang sedang menuntut ilmu juga mengalami perkara yang sama..nak kena study banyak perkara memandangkan level belajar tu dah naik sikit..Kadang-kadang terasa berat sangat kepala..nak cakap banyak sangat study..taklah banyak sangat yang masuk..kenapa??
Ana cuba fahami diri ana sendiri dan tanpa sedari..kemungkinan sebab terlalu stress sangat..ana terlalu banyak berfikir dengan segala masalah..masalah rindukan family ..rindukan sahabat-sahabat lama ..teringatkan arwah.. dan semua dah bercampur baur..

Dan ana juga terlalu merindui usrah disini..dah beberapa minggu sunyi sepi..hati ini terlalu lapar dan sering menjerit untuk minta di isi..apakan daya Murabbi ana di sini sibuk menyelamatkan nyawa manusia..sehinggakan nak cari waktu bersama kami di sini terlalu sukar..Ya Allah betapa murni dan suci pengorbanan Murabbi ku ini dan mudah-mudahan Allah permudahkan segala perjalanan Murabbi ku dan harap di beri sedikit kelapangan untuk kami ..insyaAllah J
        
  ‘Ya Allah..apa yang ku harapkan hanyalah sebuah KETENANGAN’

Satu ketika sedang ana study…fizik..Ya Allah terlalu banyak formula yang perlu ana hafal dan teori-teori yang perlu difahami..teringatkan ana kepada sahabat lama terus jer gatal tangan nak bersapa ..
        
‘Apa khabar sahabat?Dah tamat ke pengajian di sana?’



(10 minit kemudian)

Buzzz(henset bergetar)…terhibur sedikit di hati ini apabila SMS ana dibalas..ana terus meluahkan segala perasaan yang bercampur baur ..tension dengan belajar..
Lantas sahabatku membalas:


‘When studying becomes a burden, when revision is stressful, when we feel like giving up and not study for our exams, remember these 2 verses ;
1. Allah does not burden us with things that we cannot bear (2:286)
2. Verily with every difficulty, there is relief (94:6)
InsyaAllah we will feel better..dan percayalah sesiapa yang menolong agamaNya..pasti Allah jualah yang akan menolongnya kembali…’


Subhanallah..saat ana membaca balas daripada sahabat ana..saat itu jualah angin air-cond memasuki mata dan lagu ‘Layar Keinsafan’ oleh Mestica dimainkan di henset ana..apalagi..berjuraian lah air mataku…dan saat itu jugalah ana tak  henti-henti bersyukur..
Bersyukur kerana memiliki sahabat yang hebat..
Bersyukur kerana Allah telah membuka mata hatiku..
Bersyukur kerana dapat melepaskan segala benda yang tersimpan dihati dengan mengalirkan bergelen-gelen air mata..
Bersyukur dan terus bersyukur…



Dan Alhamdulillah..Allah telah memberikan ana sebuah KETENANGAN dan insyaAllah ana cuba buat yang terbaik untuk final yang akan datang..dan terima kasih duhai sahabatku..betapa aku merindui kamu..moga-moga setiap insan yang ana kenal di muka bumi ini dapat terus mendidik , mengajar dan menunjuk segala kesalahan dan benda baru dalam hidupku..

*Mohon maaf jika antum dan antunna terasa jelek dengan entry kali ini ..nak buat macam mana..ana memang mudah tersentuh dah air mata ana senang sangat pecah..harap maklum L

p/s : Mungkin ini adalah coretan buat kali terakhir ana sebelum final..dan kemungkinan besar juga lepas final ana terpaksa menghadiri kem BTN ..makin pendeklah jadinya cuti ana :’( 

No comments:

Post a Comment

,,