30 April 2012

Adakah aku sibuk mengejar dunia??

 Alhamdulillah..alhamdulillah ..alhamdulillah..tidak henti-henti ana memanjatkan kesyukuran ke atas Mu Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah Maha Agung dan Pemilik Masa ..ana bersyukur sangat sebab dah lalui semua kesibukan minggu lepas..memang terlalu sibuk sampai ramai kawan ana cakap

  'the hectic week ever..'
  'the busiest week ever..'
  'BUSY GILER minggu ni..rase cam nak pecah kepala..'

MasyaAllah macam, tulah nak katakan kesibukan ana dan sahabat2 minggu lepas ..dan ana banyak kali jugak terasa stressnya.. sampaikan nak buat semua kerja tak cukup tangan..


Apa yang busy sangat sampai tak cukup tangan nak buat kerja?? Sampaikan nak pecah kepala?? 

Ketahuilah antum dan antunna sekalian..minggu lepas sampaikan 3 test terpaksa kami lalui..
Fizik, Anatomy dan Math ( FYI : Anatomy tu killer subject buat kami )..Tak cukup dengan itu..ada 2/3 presentation sekali gus dalam satu minggu yang kami kena kerjakan..
Folio pun apalagi kan..mestilah kena siapkan jugak...
Terpaksalah bertungkus-lumus siap bersilat lagi kami sepanjang minggu ni..dan alhamdulillah semua tu dah berakhir..

Tetapi..dalam kesibukan yang ana alami..tak kurang juga masalah yang ana dan kawan-kawan hadapi..
ya apa masalahnya..

Apabila kita stress dengan kerja kita..timbullah masalahnya.. bila emosi tak stabil mulalah syaitan nak timbulkan sesuatu untuk buat kita lupa pada Pencipta kita..

Masalah kawan dan sebagainya..ada yang tak nak tegur,tak nak cakap,kurung dalam bilik, keluar bilik..macam-macam lah yang berlaku..dan itu semua dah memang fitrah manusia..bila stress nak cari gaduh?? ehh betul ke??
Fikir dan terus berfikir ..


Sampaikan terlalu busy..ana terpaksa stay kat kolej dalam masa seminggu sampai balik lewat untuk study..buat folio..homework Russia..

Bila kita buat extraordinary work ni..badan tak biasa dan sangatlah letih..yup ana akui memang terlalu letih sampaikan ana ter over sleep..tak terbangun ana untuk bersujud menghadap Ilahi..mana tak sedihnya ...macam nak pergi buat date lah bagi orang yang hangat bercinta kan?? Terlepas nak pergi date sebab terlalu khusyuk tidur...sedih..sangat sedih..

Kadang-kadang terfikir jugak..adakah aku sepanjang minggu ini terlalu sibuk dengan dunia..MasyaAllah sampaikan tak terbangun dari tidur?? Ana terlampau sedih kalau teringat akan benda ini sampaikan tak ada mood dan kawanlah jadi mangsanya..maafkan ana sahabat-sahabat kalau ada terasa dengan ana sebelum ini..memang perbuatan ana itu tanpa disedar T__T 

ok..berbalik pada persoalan ana..adakah ana sibuk sangat mengejar dunia?? Adakah ana salah kalau ana sibuk nak study..nak dapat markah yang baik??

Kalau ikutkan semua itu memang tak salah tapi kena besertakan niat yang betul..kalau kita niat nak markah tinggi sebab nak tunjuk hebat..moga-moga diri pembaca semua tetapkan hati dengan niat yang betul..kita nak belajar kerana nak membantu agama Allah..sambil belajar sambil kita sebarkan dakwah kita dengan cara yang betul..tapi ana buat ke semua benda itu dengan cara yang betul?

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian bahawa..memang tak salah kita nak belajar sebab tu sememangnya wajib bagi kita..tetapi dengan niat yang betul dan kalau kita nak markah tinggi??Yup memang semua nak markah tinggi ..result gempak tapi..kalian semua nak berlagak ke dengan result tu??Ketahuilah sahabat-sahabat kalau kita dapat result setinggi gunung everest pun..itu semua adalah UJIAN daripada YANG MAHA ESA..tapi kalaulah markah kita serendah tapak kaki..kita kenalah perbaiki diri..takut kita akan direndah-rendahkan oleh orang lain dan ada juga kebarangkalian yang non-muslim akan pandang rendah kat orang Muslim..so macam mana kita nak sampaikan dakwah kita kalau mereka dah ada tanggapan negatif kat orang-orang Muslim..


Macam itulah kesimpulannya..kalau nak buat apa-apa..kenalah disertakan dengan niat yang betul..baru capai apa hasrat sebenar kita..ana selalu berpegang dengan surah Muhammad : 7


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Untuk buat diri ana kuat..ana akan selalu ingat ayat ini dan bila buka je locker nampak ayat ni terasa bersemangat kembali nak buat kerja..ingat Allah satu-satunya sebab kita hidup nak tolong Agama Allah yang suci dan tegakkan kembali kebenaran..yang pasti satu fakta yang ana nak kongsikan..ketahuilah setiap kebenaran itu pasti ramai yang nak tutup dan tak nak terima...
 Tapi..macam mana sekalipun kebenaran tetap juga akan menerima kemenangan dengan adanya bantuan Allah..tapi pernah tak antum berfikir..kalian tak nak ke menjadi satu daripada mereka yang perjuangkan kebenaran?? sekali lagi fikir dan fikirkanlah..antum dan antunna diberi nikmat akal untuk berfikir..betul tak??

dan dalam kesibukan dunia yang kita alami sekarang beringatlah..jangan sesekali tinggal solat kerana solat itulah yang akan menguatkan kita 

A busy life makes Solat harderbut Solat makes a busy life easier



p/s: insyaAllah..minggu depan ana dan sahabat2 di sini ada pertempuran yang besar..so minta kalian semua doakan kami disini ye kawan2 agar kami semua dah cukup bersedia dengan pedang yang tajam dan sebagainya..semoga ibadah kita semua diterima oleh-Nya..amin 


No comments:

Post a Comment

,,