29 July 2012

'Hai Islam Bye Bye Jahiliyyah'


Salam Ramadhan Kareem..wahh syukur…dah sampai Ramadhan ke-9 kita berpuasa sehari suntuk.. masa cepat berlalu..sebelum Ramadhan berakhir ayuhlah kita segera menambahkan bekalan rohani kita untuk menghasilkan TAQWA yang hebat bagi meneruskan perjalanan kita yang akan datang..insyaAllah semoga dipermudahkan..

Baiklah..untuk kali ini insyaAllah ingin berkongsi serba sedikit apa yang telah  ana dan sahabat-sahabat di sini lakukan sebelum kami meninggalkan kolej persediaan ini..ohh terasa sedih pula bila teringatkan kami bakal meninggalkan tempat ini L bukan sedih  untuk meninggalkan tempat..tetapi sedih apabila kami semua akan berpisah..entah ke tidak kita ke tempat yang sama nanti..walau apapun ..di mana jua tempat kita bakal dicampak ingatlah bahawa itulah yang TERBAIK buat kita semua kerana segala perancangan dari-Nya amat INDAH dan semuanya berhikmah J



Sebelum

-Musyawarah Pertama-
Kelihatan segelintir wajah pelajar-pelajar muslim Russian Programme berkerut-kerut memikirkan sesuatu..ahhh semua idea-idea dikemukakan..dihujahkan..ada yang membangkang dan ada juga yang mengiyakan..ada juga yang duduk senyap sahaja..sudah penat melayan karenah sahabat-sahabat.. kami berdiskusi sampai bergema Dewan Berlian..

Shhhhhhhhh..

Ohh kami senyap buat seketika..pelajar dari program lain mengisyaratkan kea rah kami supaya perlahan sedikit berbicara..mana tak bisingnya kami sibuk memikirkan satu usaha yang terbaik bagi program akan datang..memerlukan usahasama bagi setiap sahabat..dan Alhamdulillah plan yang terbaik telahpun kami lakarkan dan menghasilkan program ihya’ Ramadhan:

“Hai ISLAM Bye Bye Jahiliyyah”

Dan setiap sahabat ada tanggungjawabnya yang perlu dilaksanakan..dan semua akur dengan segala cadangan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan..
Okay..dan bermulalah usaha kami semua..

-Berita BAIK-

Untuk pengetahuan semua..setiap program yang ingin dilaksanakan perlu menunggu ‘green light’ dahulu daripada pihak INTEC..dan kami semua agak bimbang..mana tidaknya jika pihak INTEC ada menyatakan bahawa mereka perlu mengurangkan bajet kolej..bimbang program kami akan ditolak mentah-mentah..

Tetapi Alhamdulillah..ketua program kami bersama timbalannya (Ubadah dan Hazwani)  membawa berita gembira..pihak INTEC telah bersetuju untuk menanggung segala perbelanjaan program tersebut..dan kami juga tidak perlu risau akan bilangan pelajar yang akan sertai program kami kerana pihak INTEC mahu mewajibkan semua pelajar Middle East Programme sertai dan termasuklah semua pelajar muslim Russian Programme..jadi kerja kami semakin mudah..ana dan sahabat-sahabat hanya perlu membantu pihak INTEC dalam melancarkan program berkenaan..

-Masalah timbul satu persatu-

Makin kelam kabut kami apabila menerima berita bahawa pelajar MEP tidak dapat mengikuti program Hai Islam Bye Bye jahiliyyah (HIBJ) ..Ya Allah ..di mana kita nak cari 250 pelajar !! Terpaksa kami  memperkuatkan lagi promosi bagi HIBJ..poster di ‘share’ kan di fb..dilekatkan sana sini..


 2 minggu sebelum program..

Ya Allah..baru segelintir sahaja yang beli tiket L ana dan sahabat-sahabat terpaksa mengerahkan lagi tenaga kami..kagum ana melihat sahabat-sahabat semua..ke sana ke mari mempromosikan HIBJ kepada semua orang..terpaksa menebalkan muka ..banyak telatah dan gaya dipersembahkan bagi menarik minat ramai..
Tak kurang juga..sahabat ana membuat satu pertandingan dif b..


Dan pelbagai caralah yang telah kami lakukan..

Seminggu sebelum program..

Selepas Asar..kelihatan semua berdiri di depan pagar kolej..poster HIBJ di tangan..
Ya..kami semua menunggu pelajar Muslim lalu di depan pintu kolej..petang-petang macam ini insyaAllah ramai yang lalu..semua pelajar akan keluar pergi ke bazaar Ramadhan..

Setiap pelajar yang lalu kami tegur dan cuba mempromosikan HIBJ kepada mereka..alhamdulillah ada yang tertarik..dan ada juga yang buat tak tahu..sekali lagi terpaksa menebalkan muka L dan ada juga yang dah naik bosan dengan muka kami sampai..

‘Eh nak suruh saya beli berapa kali tiket’

‘Kan saya dah cakap saya tak boleh nak join!’

Ayoo..minta maaflah antum antunna semua..kami tak dapat nak kesan setiap wajah saudara saudari yang mana telah kami promosikan..

Sahabat ana ada berkata..

“Baru rasa macam ni perasaan jadi ‘salesman’”

Oh..ya baru dapat rasa..betapa kera mempromosi ini memang memerlukan banyak kesabaran dan secara tidak langsung juga telah mengajar kami untuk bersabar..alhamdulillah…walaupun di waktu panas terik..kami mampu lagi senyum kepada semua yang telah menjadi ‘magsa’ kejaran kami hehe sekali lagi ana dan sahabat-sahabat nak minta maaf banyak banyak kepada sesiapa yang terasa dengan kami..

Bukan masalah tiket juga yang kami lalui..masalah penceramah.. agak mengecewakan Ustaz Pahrol Mohd Juoi tidap dapat menghadirkan diri pada hari tersebut tetapi alhamdulillah Ubadah menyampaikan berita baik kepada kami bahawa Ustazah Fatimah Syarha akan mengisi tempat kosong Ustaz Pahrol..wahh kesempatan berjumpa dengan Ustazah Fatimah buat kali ketiga J

Tak cukup dengan kehadiran poster..kami juga membuat video untuk menghangatkan lagi promosi..eheheh kreatif sungguh sahabat ana ni..


Bajet..ohh bajet..

Kami juga kesuntukan bajet memandangkan pihak INTEC telah mengurangkan bajet kami..sebab itulah harga tiket kami tertukar-tukar..sekejap RM5..sekejap RM1,RM2..dan RM3 dijadikan harga sebenar..
Alhamdulillah masalah ini juga selesai..wahh hebat betul sahabat-sahabat ana semua kerana walaupun penat menguruskan segala macam benda..berkat di bulan Ramadhan ini Allah telah mempermudahkan segala kerja..alhamdulillah..dengan izinNya kami dapat juga menjayakan HIBJ..

Di sini juga ingin membuat sekalung penghargaan buat Majalah JOM! Yang sudi menyalurkan 100 majalah percuma buat kami bagi edisi ke-3 ..ana juga ingin mengambil kesempatan kepada antum dan antunna semua belilah majalah JOM! insyaAllah tidak akan rugi..majalah keagamaan ini sangat sempoi dan sesuai untuk semua..walaupun kecil tetapi padat dengan pengisian yang hebat !!



Dan tibalah masanya HIBJ..

Semasa

Sebelum 28 Julai 2012..pada malamnya pula kami semua bertungkus lumus menghias dewan..agak memerlukan kesabaran juga ..semua kelihatan letih dan mengantuk..yea alhamdulillah berkat kerjasama bersama..pukul 1.30pagi semua dah siap..balik ke bilik semua terus tidur..

-28 Julai 2012 HIBJ-

Ya..hari yang kami semua nantikan..yang akhowat semua berjubah hitam..dan ikhwan pula berbaju melayu..semua lagak macam nak beraya je..ada yang siap bersampin lagi..tak kurang juga yang tak reti nak bersampin pun ada..masyaAllah J

Tepat jam 10 pagi..kelihatan beberapa orang pelajar datang ke Dewan Songket,Satin dan Sutera.. semua kelihatan ceria ..alhamdulillah ramai juga yang hadir..sebenarnya di dalam hati ana ada juga secelit kebimbangan sedikit sahaja yang akan hadir namun Alhamdulillah Allah telah menutup kegelisahan yang bertandang apabila dihadiahkan dengan kehadiran yang agak memuaskan J

-Slot Pertama ‘Bye bye Jahiliyyah’-

Slot ini dikendalikan oleh Ustaz Khairul Napisham Abdul Razak..pensyarah politeknik ..alhamdulillah beliau dapat hadir.. kami kenal ustaz ini di Kem BTN..wahh hebat sungguh apabila beliau mengeluarkan kata-kata..dan ana lihat kesemua pelajar begitu ‘enjoy’ dengan ceramah beliau..mana taknya dari awal hingga ke akhir..tak kering gusi..sampai sekarang kalau teringat akan ceramah beliau tersengih sorang-sorang J
Baru ana tahu yang Ustaz Khairul ini meguasai 7 bahasa..wahh hebat betul..senang nak menyampaikan kerja dakwah ..



-Slot Kedua ‘Hai Islam’-

Slot ini pula kami datangkan Fatimah Syarha..penulis novel tauhid..alhamdulillah dapat berjumpa buat kali ketiga..seperti biasa ustazah kelihatan tenang dan ceria..sentiasa mengukirkan senyuman..di slot ini begitu syahdu sekali..biasalah slot di waktu petang memang mudah terasa mengantuknya..Ustazah Fatimah Syarha banyak memberi peluang kepada kami untuk bertanya..memandang Ustazah seorang yang memperjuangkan ‘Cinta Sebelum Berkahwin’ kebanyakan soalan bertanyakan mengenai perkahwinan soal cinta..ok faham-faham jelah..remaja..

Ustazah Fatimah suka menggunakan analogi dan bagi ana itulah cara yang paling berkesan dan satu daripada cara dakwah yang berhikmah..wahh dan kesemua analogi Ustazah Fatimah sangat hebat dan mantoppp!!

"Orang nak kahwin ibarat makan..cuba kamu tahan diri kamu daripada makan macam kita berpuasa..insyaAllah semasa nak berbuka akan merasai seribu kenikmatan"

Sebenarnya di akhir program..Ubadah berkata bahawa Ustazah Fatimah sebenarnya tersilap membawa ‘pen drive’ yang ada ‘slideshow’ bagi slot ketika itu..tetapi apa yang ana lihat semasa di slot beliau tiada kelihatan segaris kerutan pun di wajah beliau..Ustazah mampu lagi tersenyum walaupun dihimpit kesulitan..walau apa-apapun Ustazah Fatimah masih lagi dapat meneruskan penyampaian beliau dengan tenangnya ..hebatkan keperibadian beliau..sahabat ana ada berkata..

“Orang yang di jalan Allah memang selalu macam itu”



-Slot Ketiga ‘Cabaran di Luar Negara’-

Ustaz Dasuqkhi..penceramah UiTM akan mengisi masa kami untuk slot teakhir..pada slot Ustaz banyak menyampaikan pengisian ‘Bagaimana kita nak bina kekuatan iman’ ..ramai yang mengatakan lari tajuk..walaupun ana tidak mendengar sepenuhnya penyampaian beliau tetapi ana faham apa yang Ustaz Dasuqkhi cuba sampaikan ..ambillah peluang membentuk iman dan taqwa di bulan Ramadhan ini sebelum ke luar negara..insyaAllah jika kita sudah mempersiapkan diri kita dengan bekalan TAQWA yang hebat..segala cabaran di luar senang sahaja untuk ditepis ..lagipun di bulan yang penuh barakah inilah masa yang cukup sesuai untuk menambahkan bekalan rohani J


-Detik berbuka puasa-

Kami berbuka dengan buah kurma dan air masak sahaja..solat maghrib didahulukan..
Ana dan sahabat-sahabat pula sibuk mengisi makanan di dalam dulang ..wahhh banyaknya dulang-dulang..bimbang juga tak cukup nanti..tapi setiap dulang memang penuh dengan makanan..dan setiap dulang untuk 5-6 orang ..



Seusai solat maghrib..baru kami menjamu semua pelajar makan..berselera sungguh mereka..ada yang menyuapkan nasi kepada kawan mereka..ukhuwah mereka semakin erat J
Ana dan sahabat-sahabat berasa cukup gembira dapat menjamu orang berpuasa makan..begini ya rasa.. gembira yang teramat sangat ..


Selepas makan..solat isya’ dan tarawikh dijalankan seperti biasa..
Dan seusai tarawikhnya pula..moreh tidak ketinggalan..dan Alhamdulillah satu hari berprogram berjalan dengan lancar..walaupun hari yang agak memenatkan tetapi di hati ini tak dapat nak menyatakan kegembiraan yang teramat sangat..syukur kepada Illahi kerana Dia lah yang telah memudahkan segala urusan J

Selepas

Keletihan jelas terpacar di setiap wajah sahabat-sahabat ana..namun apakan daya..walaupun majlis sudahpun selesai..banyak lagi benda yang nak kena selesaikan..

Ya memang banyak benda nak diselesaikan..makanan moreh terlalu banyak..bihun penuh satu bekas besar..ya Allah nak di buang kemana makanan sebanyak ini..kalau dibuang membazir namanya..Ana dan sahabat-sahabat terpaksa sekali lagi..bertungkuslumus membungkus bihun tersebut..menyekat setiap pelajar yang lalu-lalang..menjamu mereka makan..menunggu sekali lagi di depan pintu pagar kolej..

Ya kami menyerang mereka sekali lagi di pintu pagar…dan kisah yang memalukan lagi juga turut berulang..terpaksa menebalkan muka ..

Tak habis lagi..kami juga buat ‘Sahur Delivery’ ke setiap bilik yang berdekatan..dan Alhamdulillah semuanya habis..selepas sibuk berkemas..kami semua berkumpul ..menyatakan segala luahan di hati..hehe ucapan terima kasih daripada semua orang…wahhh kalau tiada kamu semua..takkan berhasil program pada hari tersebut..ana sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua..

Ana gembira sekali…ukhuwah kita semakin hari semakin kukuh..tambah-tambah lagi sepanjang kita berprogram..kita semua ibarat adik-beradik..hehe J indahkan hidup berukhuwah..terima kasih kepada sahabat-sahabat kerana anda semua satu daripada ‘chapter’ hidup ana..hilang seorang daripada kalian semua maka buruklah kisah hidup ini..ana sayangkan kalian semua kerana Allah..Duhai sahabat-sahabat ana akan merindui kalian semua..ya walaupun kita bukan ke universiti yang sama..tetapi jarak tidak akan memisahkan kita..ingat kita satu ukhuwah !! Kerana ingin menjayakan satu matlamat melahirkan Dunia ISLAM yang baru tidak akan memutuskan perhubungan kita.. insyaAllah J

Dan ingatlah sahabat-sahabatku sekalian..fikirkanlah niat kita untuk berprogram..bukannya untuk mengangkat nama program Rusia ..tetapi ingatlah kita buat semua ini kerana Allah.. cuba menyedarkan sahabat-sahabat dan adik-adik yang baru masuk ke kolej ini bahawa kita ingin membina DUNIA ISLAM yang baru..membawa balik sejarah kegemilangan Islam yang dahulunya berjaya menuasai dua pertiga dunia..


Ayuhlah sahabat-sahabat sekalian..jom kita buangkan segala karat-karat Jahiliyyah yang ada di dalam diri kita..apabila semua ditinggalkan insyaAllah jalan dakwah yang kita lalui memudahkan perjalanan..Jom sama-sama “HAI ISLAM BYE BYE JAHILIYYAH!!”



p/s: esok dan lusa kami ada final exam bahasa Rusia..doa-doakan kami (^^,)b

No comments:

Post a Comment

,,