10 September 2012

Dari Jauh Merantau

Salam'alaik kepada semua pembaca-pembaca yang ana kasihi fillah..terima kasih kerana sudi membaca blog yang pasif ini..tiada yang menarik untuk dikongsi bersama kalian semua sepanjang Aidilfitri ini..perkara yang sama berlaku setiap tahun..kunjung mengunjungi sanak saudara..maaf bermaafan..bergambar tak keruan..apa-apapun..biarlah di penghujung Syawal ..ana masih lagi ingin mengucapkan 'Salam Aidilfitri kepada semua..semoga segala amalan kalian diterima oleh Allah s.w.t

Ana masih lagi seronok menyambut hari raya bersama keluarga..tambah-tambah lagi..keluarga ana semakin bertambah besar..keluarga sebelah sana..sini..cuma hati ini mungkin tak berasa semangat sedikit sejak tahun 2007..ya..terasa kekurangan seseorang yang sangat ana kasihi..sangat rindui..siapa lagi kalau bukan arwah mama yang dicintai..sebab itu kalau ada yang beriya-iya nak beraya sakan..dengan baju raya baru..ana sekadar mampu tersenyum dan kalau ada yang menghantar mesej raya..insha Allah takkan dilupa untuk membalas..kalau boleh ana tak terasa pun nak beraya..biarlah puasa berbula-bulan..biar ana menambahkan lagi pahala ibadah buat arwah mama kan..?

Ermm..insha Allah malam ini ana akan berangkat ke Rusia bagimenyambung pelajaran di dalam bidang perubatan ..mohon doa dari kalian semua moga ana diberikan kekuatan untuk tabah hadapi cabaran di dunia luar..

Sebelum berangkat..ana ada ziarah kubur arwah mama..linangan air mata terpaksa ditahan..ana tak mahu menjadi seorang anak yang lemah semangat..ana ingin tunjukkan kepada arwah yang ana kuat !!

Angah ada pesan kepada ana..

'Adek..beritahulah arwah yang adek nak ke Rusia ni..'

Tapi..mulut ana tak dapat berkata-kata..sengaja dirapatkan..bimbang ana akan meratapi lagi kematian arwah..ya bukan senang nak ubati luka kehilangan orang yang tersayang..

Semoga semuanya akan baik-baik sahaja sementelah pemergian ana ke Rusia..moga abah bertambah sihat hendaknya selepas menunaikan haji yang akan datang insha Allah..ana hanya mampu berdoa untuk abah supaya abah hidup dalam kebahagiaan walaupun ana sendiri tak mampu nak membahagiakan abah lagi..insha Allah ana ingin menjadi anak yang solehah..dan ana juga ingin membalas segala jasa abah selama mana abah menjaga ana yang nakal ini..

Buat arwah mama..

'Mama..insha Allah adek akan buat yang terbaik..Ya Allah semoga Engkau kurangkan azab sengsara buat mamaku..ameen Ya Allah '

Ya Allah..tabahkanlah hati hamba-Mu yang hina ini..moga segala perjalanan ku lancar disana...aku hanya mampu memohon dan tawakkal kepada-Mu sahaja..kerana sesungguhnya aku jua akan kembali kepada-Mu..'

Selamat tinggal sanak saudara dan sahabat-sahabat yang berada di Malaysia..doakan ana supaya menjadi seorang doktor yang MUSLIM !! Itu yang kita nakkan sekarang bukan (^^,)/


p/s: Flight ana pada jam 11.40 malam ini, bagi yang sudi iringi pemergian ana..ana buka pintu KLIA itu seluas-luasnya hehe..dari Malaysia ke Heathrow ke Moscow ke Volgograd..insha Allah semoga ana selamat sampai..

No comments:

Post a Comment

,,