27 November 2012

Seputih dan sesejuk salju


Fikiranku sejak dua menjak ini tak menentu..terasa bagaikan hilang arah..
Sudah letih aku mendengar orang di sekelilingku berbual menggunakan bahasa asing..
Sudah letih aku untuk memikirkan baju apa yang perlu dipakai ke kelas..
Sudah letih aku memikirkan menu yang perlu dimasak setiap hari..
dan..betapa letihnya dan bosannya aku merasakan kehidupanku sehari harian di bumi Rusia ini..

Dan ketahuilah kamu semua sesungguhnya aku begitu merindukan negaraku..Malaysia
Rindu aku pada orangnya..pada makanan..cuaca dan yang paling penting pada keluarga :'(


....

'-logia : a scince , -log : related to speech disorders , -scopia : instrumental examination..'

Cuba memahami dan menghafal kesemua clinical terms di buku teks latin ini..Aku cuba lagi mengulangi setiap perkataan yang baru dipelajari..

'Ahh..semakin lama belajar ..semakin susah..'

Terdetik dihatiku..

'Boleh ke aku hadapi dunia medik yang bakal aku tempuhi..setakat hafal terms ni pun kau dah nak mengaku kalah..Farah Farah..'

Lantas segera sekalung doa pendek terkumat kamit di bibirku..

'Allahu yusahhil 'alaik..siiru ala barakatillah ameen ya Allah'

tereeetttt tereett..

Segera aku mencapai smartphone ku..seperti jangkaanku mesej Whatsapp dari Group 35 ( kumpulan belajar di universiti untuk 6 tahun )

JJ : Snow!! First snow!! Tgk2!!

Tiba tiba aku mengambil masa yang agak lama untuk berfikir..snow ??

Kelihatan dua orang sahabat sebilikku yang juga dapat mesej yang sama ( Group 35 ) berlari ke arah tingkap..dan badanku turut sama menuruti langkah mereka..

Perasaan melihat salji turun pada pertama kalinya..bagaimana..?

Ya.. segala perasaan aku yang serba tak kena mula turun ibarat salji salji jatuh ke bumi Volgograd ini.. Ya Allah terasa sayunya hatiku ini melihat salji salji ini turun..ibaratnya melihat serbuk serbuk putih yang jatuh dari awan..terlalu chantekk..Subhanallah bibirku tak berhenti memuji ke atasNya yang menciptakan keindahan fenomena alam..

Alhamdulillah tak berhenti juga aku mengucapkan syukur sepertinya Allah menghadiahkan aku ketenangan di dalam hati ini..

Seronoknyaaa...memang terlalu excited sampaikan aku tak berhenti melihat salji turun..ibaratkan aku di dalam mimpi..eh Farah bangun..kamu di Rusia bukan di Malaysia...!! Tidak lama kemudian salji turun dengan riangnya..ya makin lebat sedikit berbanding di permulaan..kelihatan tanah, kereta kereta dan juga atap atap rumah sudah mula diliputi salji..wahhhhh keseronokan ini mula bertambah bila terasa ingin menyentuh salji itu dengan tangan sendiri.tak cukup sekadar bergambar sahaja..

Ya..semalam oleh sebab perasaan gembira menguasai diri..kami buat kerja yang tak tercapai dek akal..eh bukan kerja gila sangat ..sekadar membuka dan memanjat tingkap tidak dikira hilang akal lagi..aku segera menghulurkan tanganku di luar...ahhh sejukkkk dan nyamannnn...yeaaa dapat satu salji !! XDD

"Farah..cuba kau ambik mangkuk tu pastu tadah..! Aku pun nak rasa..ni mana cukup.."

Mendengar permintaan sahabatku yang sakit ini..tanpa membuang masa ..lantas segera ku hulurkan satu bekas ke luar..haha ya kami terlalu keanak anakan semalam..hilaian ketawa kami memecahi ruangan bilik kami..Ahh biar orang di sekeliling akan kata apa kami tak kisah..eh kami kan budak tadika..kanak kanak ribena yang tak cukup setapak melangkah lagi..baru hendak belajar..budak first year la nak katakan..oh #sofirstyear hehe dan terima kasih buat senior2 yang mengucapkan tahniah kepada kami dengan kemunculan salji yang pertama buat kami xP

....

Dalam keseronokan kami pada malam itu..terdetik di dalam hatiku sebuah kebimbangan yang agak besar.. Dengan ketibaan musim sejuk yakni malamnya lebih panjang berbanding siang..adakah ini juga beerti aku juga perlu rehat lebih dab kurang ibadahku kepada Pencipta ku..kebimbangan aku makin bertambah bilamana memikirkan biological clock aku juga seperti sudah berubah..perasaan mengantukku makin bertambah dan ingin tidur awal.. tambahan kedinginan di setiap waktu maka makin lenalah tidurku setiap masa..

Ya Rabbi..apa yang ku harapkan..moganya ketibaan musim sejuk ini tidak membuatkan hubunganku denganMu dalam kedinginan dan sesejuk salji..semoga diriku kuat melawan nafsu dan memperbanyakkan ibadahku kepadaMu ya Allah..semoga segala ibadahku diterima dan menghangatkan lagi cintaku kepadaMu ya Allah..dan kehangatan itu mampu melawan kedinginan musim salju ini..dan semoga aku juga istiqamah dalam beribadah kepadaMu agar hati aku mampu menjadi seputih salju..ameen ya Allah :')

pemamdangan yang berhadapan dengan bilik kami

....

Alhamdulillah begitulah sedikit sebanyak pengalaman ana ketika mana melihat salji turun untuk kali pertamanya xP dan alhamdulillah dengan kehadiran salji membuatkan ana terasa nak update blog selepas 2 bulan menetap di bumi Volgograd ini..kalian berdoalah agar diri ini rajin untuk mengupdate blog..seperti yang antum dan antunna dapat lihat ada sebahagian gambar di setiap entri rosak disebabkan akaun blog ana telah dicerobohi oleh manusia yang tak bertanggungjawab..semoga Allah mengampunkan dosanya ^^

Semalam ana ada juga di ajak main salji diluar..maafkan ana  tak dapat nak memenuhi permintaan kamu sahabat sesungguhnya sudah masuk waktu ana untuk tidur..dan jazakillah kerana bawa naikkan snowball xP

Dan semoga ana dapat melawan kedinginan di bumi Volgograd ini dengan mengingati nasib penduduk penduduk di Palestin..semoga kita merajinkan diri kita untuk beribadah kepadanya dan juga berjuang untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam..inshaAllah (^__^)











No comments:

Post a Comment

,,