01 December 2012

Cinta Pandangan Pertama

Bismillah..

Salam ukhuwah fillah sahabat sahabat sekalian..apa khabar iman dan jasad ?? Setiap kali itulah soalan itu agak 'femes' untuk ditanya..mana taknya kerana kita kenalah sentiasa memeriksa bagaimana perkhabaran iman kita..banyak mana usaha kita untuk menguatkan iman kita..? Insha Allah marilah kita sentiasa muhasabah diri dan istiqamah dalam mengerjakan kebaikan..semoga Allah redha dengan segala usaha yang kita lakukan demi meraih cintaNya..ermmm cintaNya..?

Sebelum mengupas segala isi yang ingin dikupas..Alhamdulillah ana ingin memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran kerana berjaya merajinkan diri untuk berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat..

....

Bosannya..bosannyaaaaa..!!

Ya..memang bosan sehingga aku tidak perasan sudah berapa meter aku 'scroll down' melayan post-post yang menarik di tumblr..setiap kali kebosanan menjengah masuk ke dalam diri..setiap kali itulah tumblr menjadi pilihan untuk dilayan..

Tiba tiba..sepasang mataku ini jatuh kepada satu post yang begitu menyentuh hati..


....

Insha Allah bagi yang faham apa yang ana nak cuba sampaikan..perasaan kali pertama hati ini di sentuh tarbiyyah..betul betul tersentuh..

Ya..memang ana sudah lama mengenal tarbiyyah..sejak sekolah menengah lagi..wahh di sini bukan ingin merasa bangga diri..belum habis membaca sudah mula buat kesimpulan..
Ya memang sejak sekolah menengah lagi memandangkan ana dari sekolah agama..pada awalnya di sekolah kami memang ada usrah tapi naqibah di sekolah sekadar membaca pengisian kepada ahli ahli usrah dan selepas 30 minit kami semua pulang ke asrama dengan hati yang kosong..

Ketika ana dan sahabat2 sudah masuk Tingkatan 4..ada seorang sahabat ana sedari akan kekurangan di sekolah kami dimana kurangnya bi'ah islamiyyah itu sendiri ..namanya sahaja sekolah agama tetapi pelajar-pelajar di sekolah kami sepertinya kekurangan dengan tarbiyyah..bukan niat ana nak memburukkan sekolah ana sendiri tapi begitulah kenyataannya..

Nak diringkaskan ..sahabat ana itu telah mengajak kami untuk memulakan tarbiyyah di sekolah kami terutamanya di asrama dan tujuan utamanya ingin mewujudkan Taman Islami..Alhamdulillah perjuangan kami telah dipermudahkan olehNya sehingga sekarang junior junior kami menyambung perjuangan kami dengan mengendalikan kumpulan kumpulan usrah kecil di asrama..ingat lagi begitu payahnya kami ingin membawa misi kami kepada pihak sekolah..dan ketika itulah ana berasa kagum dengan semangat juang sahabat ana itu sendiri sehingga sanggup korban masanya..wahh rindu padamu sahabat :'(

zaman muda mudi dulu >_<

Usaha kami tiadalah mengubah semua pemikiran adik adik kami di sekolah untuk menerima tarbiyyah tapi alhamdulillah ada juga dalam kalangan mereka yang sedar akan kepentingan tarbiyyah ..

Hrmm bila ya kali pertama hati ini benar benar disentuh dengan siraman tarbiyyah..? Percaya atau tidak ..hati ana tidaklah dicelup sepenuhnya dalam sentuhan tarbiyyah di sekolah dulu dan bila mengimbau masa lalu memang ana berasa kesal kerana di waktu itu ana tidak begitu prihatin akan kepentingan semua benda alah ini..Walaupun diri ini sendiri mengajak adik adik berbulatan gembira bersama namun hati ana ini separuh tercelup dalam dunia jahiliyyah..erkk bukan separuh mungkin...??? Ahh perkara yang lepas biarkan ia berlalu pergi.. (T___T)

Bilamana hati kita di dalam kejahilan..jiwa mesti terasa kekosongan..ya begitulah jua dialami oleh ana sendiri dan ketika itu ana sudahpun menamatkan pengajian di sekolah dan membuat persediaan di INTEC..

Tup tup..di INTEC sepertinya ana dalam kesesatan..jiwa kosong yang amat..terlalui merindui Taman Islami di sekolah lama...terkial kial juga di waktu itu..begitu ana dahagakan tarbiyyah..begitu ana mendambakan ukhuwah ..alhamdulillah Allah telah pertemukan ana dengan murabbi yang kelihatan tenang sentiasa..murabbi ana itu jugalah merupakan senior dari Rusia yang sekarang ini sudahpun bergelar doktor :D

Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu,isteri dan doktor..tidak pula murabbi ana ini sesekali melupakan kami di INTEC..setiap minggu inshaAllah ada sahaja mengajak kami berbulatan gembira bersama..kami seramai 16 orang muslimah itulah bersama-sama mengenali erti tarbiyyah ..Syukran jazakillah buat semua murabbi murabbi kami ..ahh rindunya di saat kami bersama !!

cc: from uba's blog 

Semua kenangan terlalu manis untuk dikenang..hrmmm persoalannya sekarang..adakah hati ini benar benar tersentuh dengan siraman tarbiyyah ketika di zaman INTEC..? Kiranya tarbiyyah di waktu itu sedikit sebanyak mengubah jiwa ini untuk berubah ..inshaAllah semoga hati kita semua istiqamah dalam mengerjakan kebaikan..Aiwah fastibiqul khairat !! :')

Haaa dan bermulalah kisah saat cinta pandangan pertama ana bersama si Dia..

Ketika itulah persiapan ingin ke luar negara hati berdebar debar rasanya..banyak betul persoalan yang belenggu dalam fikiran lagi lagi tempat yang bakal ana pergi bukanlah idaman hati..dan persoalan yang utama sekali ..

"Bagaimana aku disana nanti..? Selamatkah aku ataupun terus hanyut ..?"

Alhamdulillah akhirnya persoalan ini telahpun terungkai dengan keramahan dan sambutan mesra oleh semua akak2 senior yang baik2 dan chantek2 ..kehangatan sambutan mereka telah sedikit sebanyak mengurangkan kesejukan angin yang kali pertama menyengat badan kami..Ibaratnya kami umpama adik mereka sendiri..sunnguh ana merasa sangat terharu.. \(T__T)/

Dan setelah melihat keadaan dan suasana kehidupan sebagai seorang muslimah di negara bukan islam..inshaAllah hati ini nekad untuk meraih sebanyak mungkin cinta kepada si Dia .. kerana terlalu dahagakan tarbiyyah di bumi salju ini ana ternanti nantikan panggilan oleh akak senior untuk berbulatan gembira bersama dan akhirnya terpanggil jua ..tapi agak mengecewakan sedikit kerana usrah kali ini bukan seperti dulu..berbulatan gembira beramai-ramai tetapi hanya ana seorang..walaupun begitu alhamdulillah akhirnya hati ini lama-lama menerima jua bahkan menambahkan lagi kasih ana kepada murabbi ana seorang ni..Jazakillah murabbi ku untuk semua (^^,)

Ermmm cintaNya..? Bagaimana kita hendak meraih cintaNya..?

InshaAllah cinta kita kepada Allah akan bertambah jika kita buat segala perintahNya ..dan cinta yang bersungguh sungguh ialah dengan kita mengenali si Dia dengan lebih dekat lagi..ibarat kita mahu mengenali orang yang kita suka tetapi kita nak kenal dengan Sang Pencipta lain pula caranya..bukan seperti meng 'add' di Facebook ..cara kita mahu mengenaliNya hanyalah dengan menghayati segala ciptaanNya di bumi..memahami setiap ayat Al-Quran yang si Dia turunkan..buatlah semuanya ini dengan mata hati..

                              
   "..sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. .." [2:165]


Tapi bagaimana pula jika kita membuat segala perintahNya namun ada juga kita melanggar laranganNya..? Umpamanya sedang kita bercinta dengan seseorang tetapi ketika itu juga kita telah berbuat curang.. tidakkah antum antunna semua merasakan bahawa sudah semestinya kekasih kita akan berasa cemburu..begitulah jua Allah juga akan merasa cemburu bilamana melihat hamba hambaNya juga mencintai perkara lain selain mengejar cintaNya..ingatlah duhai sahabatku sesungguhnya hanya cinta Illahi yang kekal abadi..


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-
saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [9:24]



Ayat di atas secara langsung menunjukkan tanda kecemburuan Allah kepada kita bilamana kita lebih mengutamakan cinta duniawi daripada cinta Illahi..Subhanallah moga kita sentiasa ke arah jalan cintaNya (T__T)

Tanda cemburu yang lain pula bilamana kita berada dalam situasi yang memaksa kita memilih antara dua..pilihan antara baik iaitu perkara yang disukai Allah dan sebaliknya..Jika kita memilih yang baik alhamdulillah semoga dipermudahkan tetapi jika kita memilih yang sebaliknya Allah akan menyusahkan jalan keburukan yang telah kita pilih.. Cemburu Allah itu tandanya positif kerana ini menunjukkan bukti Allah sayang kepada kita.. Dia menyusahkan kita bilamana kita memilih perkara lain selain yang disukai Allah.. Allah menyintai hambaNya untuk kita kembali ke arah 'turning point' ..Ketahuilah bahawa Allah mencinta kita melebihi hambaNya menyintai ibu mereka sendiri..

Manfaatkanlah masa kita dengan sentiasa menambahkan lagi cinta kita kepadaNya..moga cinta pandangan pertama kita padaNya kekal..inshaAllah dan itulah kisah penangan tarbiyyah ana..kalian pula bagaimana..?



















No comments:

Post a Comment

,,