16 January 2013

Doodling is my job not my hobby

Assalamu'alaikum.. buat sahabat2 apa khabar iman dan jasad.. ? Alhamdulillah ana ada kekuatan juga nak update belog.. walaupun terlalu banyak nak bercerita tapi tiada daya upaya nak luahkan segalanya di sini.. bertambah lagi dengan ketiadaan laptop.. syukur sekali lagi panjatkan kesyukuran.. Allah menarik nikmat ada laptop bukannya kesihatan badan ana yang ditarik ^^

InshaAllah dengan hanya menggunakan smartphone ini ana cuma nak kongsi yang ana ni memang sukaaaa sangattt melukis.. edit gambar.. dan seringkali tertanya tanya.. dengan kelebihan yang ana ada ni apa yang ana nak buat?? Takkan nak melukis saja2 untuk diri sendiri tanpa ada manfaat untuk orang lain kan.. macam mana nak lengkapkan Muwassofat Tarbiyyah 'Nafi'un bi ghairihi' atau dengan kata lain bermanfaat untuk yang lain.. Alhamdulillah Si DIA telah memberi ilham kepada ana untuk buat kerja dakwah secara doodling.. ana bulan penulis belog yang hebat dan bukan juga tak begitu pandai nak berkata-kata..

InshaAllah dengan adanya kelebihan yang Allah beri ini ana nak guna sebaik mungkin.. semoga sahabat2 berbahagia dengan lukisan doodle ana walaupun tak berapa nak chantek tapi dengan harapan ada juga orang yang tersentuh.. bi izdnillah.. ameen..

Tapi dengan kekuasaan Allah seperti yang ana cakap tadi bahawa laptop ana rosak.. kat Rusia ni agak mahal juga nak baiki laptop.. tup tup.. Alhamdulillah dapat lagi ilham supaya nak tak berputus asa.. ada kemudahan smartphone tak nak guna sepenuhnya.. syukur Ya Allah.. Engkau telah membuka mata hatiku untuk selalu memanjatkan kesyukuran padaMu.. Engkau juga telah mengajar aku supaya tidak cepat mengeluh.. dan sentiasa berusaha..

Bak kata Pak Cik IHAB a.k.a Imam Hassan Al Banna.. Dakwah itu adalah seni.. jadi kita kenalah belajar cara berseni.. kena guna kreativiti.. dan hanya dengan telefon ini sahajalah ana cuba menyampaikan dakwah Islamiyyah.. bi izdnillah semoga ada yang terkesan di hati.. Sebab iti ana nyatakan di sini.. 'Doodling is my job not my hobby'

Sebabnya apa?? Ok cuba jawab siapa yang bagi kelebihan antum semua untuk berjalan dengan betul.. bercakap teratur?? Jawab siapa siapa?? Semestinyalah Allah.. Sang Pencipta yang memberikan setiap manusia kelebihan..Allah bagi kita kelebihan untuk apa?? Kita gunalah pula kelebihan yang kita ada untuk berkhidmat kepada Nya pula kan.. tak semestinya melukis dapat berdakwah.. seperti kata pak cik IHAB..dakwah itukan SENI.. InshaAllah sama2 lah kita berusaha dalam menolong AgamaNya ..

"Wahai orang - orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu "

[47:7]

Hah apa lagi sahabat2 sekalian.. bukankan janji Allah itu Sweet dan sememangnya pasti.. jom sama2 kita tunaikan tanggungjawab kita untuk memakmurkan kembali dunia ini..

Ingat lagi tak kisah burung kecil yang cuba menyelamatlan Nabi Ibrahim daripada di bakar api..

Semoga Allah menilai usaha kita semua yang setitik dari setitik air laut dan semoga dapat dijadikan hujah di Hari Pengadilan nanti..Bangkitnya Islam di muka bumi maka amanlah dunia.. inshaAllah ameennn!!

1 comment:

  1. Salam syawal..semoga Allah beri ilham dan kekuatan utk kamu terus berkarya dan menjadi Doktor Mukminah yg hebat..aminnn

    ReplyDelete

,,