11 April 2012

Tok Guru!! Ampunkan Kami..

 Salam ukhuwah sahabat2 ..bersyukurlah antum dan antunna sekalian kerana masih lagi dapat bernafas ..semoga kita dipanjangkan umur bagi meneruskan tugas kita untuk memakmurkan bumi ini insyaAllah..
 Minggu ini telah memberi banyak sangat pengajaran baru kepada ana..ok..kisah kali ini ana nak sentuh sedikit pasal tok guru ana...ehem..di sini bukan nak mengumpat ape2 pasal tok guru mane mane..
 Ok insyaAllah sebelum ana sambung kisah ni..marilah kita same2 tengok dulu definisi guru ni ape..

Guru bermaksud orang yang mengajar..dalam erti kata lain..orang yang memberikan ilmu kepada kita..tak kiralah ilmu ape2 pun janji ilmu itu dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat..


 Daripada definisi tadi.. apa yang ana dapat simpulkan ialah guru itu tetap guru kita..dia yang curahkan ilmu dia kepada kita..kalaulah pekerjaan guru ni tak wujud kat muka bumi ni..takkan ada jugak cendikiawan yang bakal memakmurkan dunia ini..

 Kebanyakn pelajar sekarang hanya nak belajar dengan guru yang betul-betul PERFECT..lupakah antum antunna sekalian bahawa setiap manusia itu akan ada cacat celanya dari setiap tindakan yang mereka lakukan..lebih lebih lagi memang perkataan manusia asal daripada 'nisyan' yakni lupa..manusia ni memang fitrahnya akan ada sikap pelupanya..so mana-mana manusia di muka bumi ini tiada yang PERFECTnya melainkan Rasul junjungan kita semua Muhammad S.A.W kerana sesungguhnya Nabi kita Allah kurniakan kelebihan untuknya sebagai nabi yang maksum..Subhanallah..



 Oleh itu..duhai sahabat2 ku..terimalah setiap kekurangan yang tok guru antum antunna sekalian..kerana dialah kita tahu sesuatu ilmu itu walaupun SEDIKIT mana sekalipun..
 Sahabat2 mesti ada azam diri sendiri untuk berjaya dalam setiap benda tetapi sahabat-sahabat sekalian telah lupa dengan cara kita BERADAB DENGAN GURU!!!

Kalian semua nak akan kejayaan tetapi tidak mencari KEBERKATAN dalam belajar..mana nak masuk semua benda yang kita belajar tu kalau antum antunna sekalian KURANG AJAR dengan tok guru sendiri..masyaAllah..so jagalah adab dengan setiap tok guru antum antunna sekalian meskipun kalian menyampah degna dia sekalipun..dia tetap guru kita..


 Ingin sekali ana kongsikan sedikit kisah Imam Syafe'i bersama tok gurunya..begitu ana kagum dengan kesopanan Imam Syafe'i ..

 Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
-artikel dari iluvislam.com-
 Ya Allah..betapa hebatnya peribadi Imam Syafe'i..cubalah kalian semua bandingkan diri kalian sendiri..adakah antum dan antunna semua dah cukup hebat sehebat Imam Syafe'i!! Tetapi dalam diam..sendiri pun pernah mengumpat tok guru..Ya Allah ampunilah dosa2 kami ..Ada juga kisah yang diceritakan bahawa Imam Syafe'i begitu hormat kepada tok gurunya..semasa dia belajar..beliau takut untuk mecatat nota..bukannya malas untuk menyalin..malahan takut sekiranya beliau mencatat nota bimbang akan mengganggu tok gurunya dah sahabat2 beliau yang lain untuk belajar..Subhanallah..kita..buat bising dalam kelas lagi lah..sama2 muhasabah diri :)


Nasihat Imam Syafie

Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :

1. Imam al-Syafie pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’
2.Beliau Berkata :

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaatmeninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.

-artikel dari mohamadaazhan.com-

Jadi jika kalian ingin menjadi cendikiawan yang agung..sama-samalah kita menjaga adab kita degna tok guru ye ^^ Duhai sahabat2 ku yang disayangi fillah sekalian..ambilah pengajaran dalam kisah2 di atas dan cuba jadikan Imam Syafi'e sebagai contoj..insyaAllah..








No comments:

Post a Comment

,,