15 April 2012

Just For You..

 Salam ukhuwah sahabat2 sekalian..Apa khabar iman dan jasad anda?? Semoga antum dan antunna semua dalam keadaan yang sihat hendaknya..insyaAllah kali ini tidak berkesempatan lagi nak buat konklusi daripada program yang ana hadiri ;The Awakening Project' ..program tersebut sangatlah mantap dengan penceramah-penceramah yang hebat lagi mantop : Imam Muda Fakhrul,Fatimah Syarha,Ustaz Hasrizal dan Ustaz Riduan Mohd Nor..insyaAllah ana akan kongsikan pada post yang baru..kali ini tiada apa nak dikata cuma atas permintaan sahabat ana sendiri..



 Syarat Buat Bakal Menantu

  Bakal Menantuku,
  Tiba saatnya nanti,
  Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
  Kerana ku hormati tuntutan fitrah,
  Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
  Pandulah cintanya menuju jannah,
 
  Dia puteri kesayanganku,
  Melepaskannya tidak semudah itu,
  Dengarkan terus bicaraku,
  Ada syarat sebelumku merestu,

  Bakal menantuku,
  Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
  Tiada hati yang terluka,
  Tiada cinta lain rasa dikhianati,
  Tiada anak isteri terasa sepi,
 
  Bakal menantuku,
  Ku ingin menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
  Tidak rela puterinya dimadukan,
  Baginda telah melalui kepayahannya,
  Tidak mahu menantunya menurut kelelahan,
  Kerana ia bukan keistimewaan,
  Tetapi tanggungjawab yang membeban,

  Bakal menantuku,
  Berjanjilah kepadaku dengan syarat ta'liq,
  BEBASKAN PUTERIKU,
  Jika nanti kau ingin duakannyatanpa rela,
  Izinkan cintanya berlabuh,
  Buat lelaki yang setianya teguh,
 
  Bakal menantuku,
  Semua puteri Rasulullah tidak rela bermadu,
  Begitulah juga fitrah puteriku,
  Allah memberikan pilihan,
  Jika engkau enggan,gugurlah penerimaan,
 
  Bakal menantuku,
  Ku ingin dia menjadi bidadarimu disana,
  Jangan sukarkan ujian hidupnya,
  Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
  Kerana fitrah cinta,tiada dua,
  Bimbang rosak agamanya kerana kecewa,
 
  Menantuku,
  Kukenali puteriku berakhlak mulia,
  Kukenali puteriku tekun beragama,
  Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
  Hidup beragama selama-lamanya,
  Jangan cintanya kau persia,
  Sudikah syaratku kau terima?
 
Nukilan Fatimah Syarha 'Sebarkan Cinta-Mu'



Sungguh indah karya Fatimah Syarha sehingga menjadikan ana peminatnya..hehe rindulah pulak ana pada bicara katanya isnin yang lepas ..semoga ana dapat berjumpa dengannya lagi..insyaAllah ;)

No comments:

Post a Comment

,,