18 April 2012

T.A.P

Salam sayang fillah buat sahabat2 sekalian ..insyaAllah ada manfaat buat antum dan antunna sekalian untuk post kali ini..

The Awakening Project (T.A.P) ..apa tu? Sebelum ana dapat tahu..sahabat ana telah 'share' kan satu video kepada ana...


Bila nampak je nama 'Fatimah Syarha ana memang gembira sangat sampai tak sabar2 nak join..lepas tu cepat2 beli tiket..yang lawaknya..mase ana dan sahabat2 yang lain nak beli tiket..kami semua berebut-rebut macam budak kecik..gaya macam nak beli tiket konsert tapi alhamdulillah kami semua dapat memiliki tiket tersebut..dan daripada tiket RM5 itulah akan disumbangkan kepada negara Syria..semoga dengan bantuan kecil daripada kami dapat membantu saudara2 muslim kita di sana insyaAllah ..

Seperti yang dijanjikan insyaAllah.. dengan berbekalkan semangat ana ingin berkongsikan kisah sepanjang program T.A.P (The Awakening Project)..Program ini telah berlangsung selama 4 malam..sepanjang program inilan ana mendapat banyak ilmu dan pengalaman..mungkin post kali ini agak panjang..
InsyaAllah kita mulakan kisah pada malam yang pertama..



Di Mana Dia Di Hatiku??

Lepas sahaja solat maghrib..ana dan sahabat2 bergegas ke Dewan Sutera,Satin dan Songket (ana tak ingat sangat nama dewan ni) ingatkan nak pergi awal sikit tetapi dah ramai dah yang sampai Subhanallah..terlalu ramai yang dahagakan ilmu..syukur J
Majlis bermula seusai solat Isya’ jamaah..suasana amatlah riang..mungkin ada yang tak sabar nak bertemu dengan ahli-ahli panel.. sebelum ana bergegas ke dewan..keluar je dari surau..ana bertemu dengan Ustazah Fatimah Syarha..Subhanallah..memang sejak dulu lagi ana nak berjumpa dengan penulis novel tauhid ini..Alhamdulillah nampak comel tuannya dari dekat ..bersama anak-anaknya di sisi..tapi di mana cik abangnya hehe J
Majlis bermula dengan sekalung do’a selepas kedatangan semua ahli panel dan moderator..
Moderator macam biasa..ustaz Affuan..bersama panel Imam Muda Fakhrul dan Fatimah Syarha..



Ustaz Affuan pantas memulakan forum dengan menerangkan masa hanya diberi 10 minit bagi setiap panel kalau lebih dia akan tegur secara ‘direct’..sebelum Ustaz Affuan bertanyakan soalan..dia terlupa memperkenalkan tetamu pada malam itu..lawak betul melihat gelagat Ustaz Affuan hehe..
Soalan pertama dijawab oleh IM Fakhrul..dia terus menjawab tanpa melengahkan masa..dia takut nanti ada orang tegur secara ‘direct’ ..IM Fakhrul pandai berinteraksi dengan kami..kadang-kadang terkeluar jugak loghat ganu dia ..
Dan soalan seterusnya ditujukan kepada Fatimah Syarha..kedua-dua ahli panel bergilir-gilir menjawab setiap soalan daripada moderator..kalau ana nak tulis lat sini memang panjanglah jawabnya tapi yang paling menarik sekali ana nak kongsi kat sini soalan..
Cintakan Allah ataupun Manusia?



Memang cukup hebat Ustazah Fatimah meleraikan persoalan ini sampai ber’page’ – ‘page’ ana mencatit nota J
Soal jawab pada malam itu memang menghangatkan dan ana sendiri pun terhibur dengan celoteh-celoteh Ustaz Affuan dan IM Fakhrul..dan kesimpulan yang mantap daripada kedua-dua ahli panel J



 Aku Terima Nikah Gantungnya -Ustaz Hasrizal-



...
...

Pada malam tersebut ana tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa hadir ke majlis penutup Ko-PLN (kokurikulum bagi program luar negara) ..Malam tu ana dan sahabat2 satu program perlu membuat pertunjukan..kebetulan hanya 40 orang je dari program Rusia..dan terpaksalah kesemuanya sekali mengambil bahagian dan persembahan kami pada malam itu adalah TARIAN!!
Sambil menunggu giliran..bergenang air mata ana..mengingatkan yang lain sedang menadah ilmu di Dewan Sutera,Satin dan Songket bersama Ustaz Hasrizal..
Ana menyatakan kesedihan ana kepada salah seorang sahabat..dia faham yang ana sedih dan cuba menenangkan ana dengan hikmahnya..

“Ala..janganla macam tu Farah..tu ceramah nikah gantung je..Farah dah ada calon ke??”

Tersedak juga ana kat situ..hahaha betul juga..calon takde lagi gatal nak nikah gantung..Astaghfirullah..ni sekadar penyejuk hati ana sendiri..tapi Alhamdulillah ada jugak kawan ana dari program lain yang sudi berkongsi..terima kasih sahabat..terasa manisnya ukhuwah J

The Divine Truth -Ustaz Riduan-



Malam tu.. Ustaz Riduan menceritakan penderitan orang-orang Islam selama ini..terutamanya di Syria..Terharu rasa di hati melihat saudara seagamaku dipijak-pijak oleh manusia dajal..Subhanallah..
Air mataku berlinangan di akhir majlis sambil menyanyikan ‘Freedom’ beramai-ramai..
Sebelum pulang ke bilik..ana banyak juga membeli buku karya Ustaz Riduan sendiri..memang sejak dulu lagi ana ni boleh dikatakan hantu buku..mungkin terikut jejak langkah arwah mama ..sambil-sambil tu boleh ana menambahkan lagi koleksi buku yang dah setambun di rumah J



Majlis Penutup

Malam tersebut sebagai kesimpulan daripada empat malam program T.A.P berlangsung..memang mantaplah dengan kesimpulan daripada 2 muslimin yang banyak celotehnya..terhibur kami semua..
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan video dan yang dinanti-nantikan oleh semua ialah..persembahan daripada IM Najdi..Subhanallah ..merdunya suara IM Najdi sampai ana terikut nasyid sekali..alhamdulillah..
Memang terlalu banyak manfaat yang ana dapat daripada program tersebut .. Terima kasih kepada penganjur..

Barang2 'cute' yang sempat ana beli di pameran  










No comments:

Post a Comment

,,