08 April 2012

Usrah..Terkenang Aku Pesan Arwah..

 Salam ukhuwah dan selamat membaca sahabat2..setiap apa yang ana postkan adalah pengalaman hidup setiap minngu yang ana dah lalui..ermm minggu ni ana telah berjaya hadirkan diri untuk usrah kali ini walaupun diri sendiri agak letih dan penat..seharian ke sana ke mari ..habis kelas 12 tengahari tapi ana dan kawan yang lain stay kejap kat Intec sebab ada forum pulak petangnya..


 Alhamdulillah ..forum tu cukup mantap dan tersangatlah hebat dengan speaker dan panel-panel yang hebat.. syukran untuk semua ilmu yang telah Ustaz Affuan, Dr. Affendi dan Brother Lim bagi kat kami dengan harapan yang ilmu-ilmu tersebut dapat meningkatkan semangat dan kekuatan untuk kami meneruskan misi mujahadah ini..insyaAllah harap2 masih dapat hadiri setiap majlis kerohanian yang Intec anjurkan..

 Balik je daripada forum..lihat jam sudahpun menunjukkan 6.15 P.M..sudah berjanji dengan murabbi nak maghrib kat Masjid Hidayah..tetiba terasa lapar pulak perut..terpaksa isi perut dulu..cepat-cepat tukar baju terus turun beli makanan..makan mee goreng pun jadilah janji perut diisi dengan makanan yang halal ;)
Lepas makan..bergegas pul ana ke bilik kawan..dah lama janji nak melawat..janji tetap janji!!

 Melepaskan penat..berehat sekejap di rumah kawan ..terima kasih sahabat..


 Alhamdulillah ..kami semua dapat berjalan-jalan sekali menuju ke Masjid Hidayah..semoga pahala turut mengiringi kami dengan niat yang ikhlas..sampai2 je terus menunaikan solat maghrib berjemaah..alhamdulillah..ucapan syukur tak henti2 meniti di bibir..Sungguh aku sedar..terlalu banyak nikmat yang Allah berikan ke atas setiap hamba-Mu..terima kasih ya Allah!!


 Seusai solat..murabbi langsung meneruskan bulatan gembira kami..semua nampak segar selepas solat..begitu indah keajaiban solat..ana sebagai pengerusi majlis membuka majlis dan berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat daripada forum tadi..
 Murabbi kami meneruskan lagi dengan membuat sesi ta'aruf..kali ni kami semua kena cari sebuah ayat yang menunjukkan diri kami sendiri..lantas semua orang sibuk mencari sehelai demi sehelai..masing-masing berjaya tetapi ana masih lago mencari..tetiba teringat akan arwah mamaku
 Pesanan arwah selalu terngian-ngiang..banyak pesanan yang arwah bagi tetapi yang paling ana ingat ..

 'Kalau boleh..mama nak Farah belajar dulu..jangan la sibuk gatal-gatal mencari pakwe..mama dulu pun tak pernah gatal-gatal macam budak2 sekarang..abah sendiri yang cari mama'


..di sekolah lama dulu..kawan-kawanku selalu je berpesan dan memberikan aku satu ayat al-Quran (24:26)

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,
dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), 
sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,
dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).
Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.
Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)."
(Surah An-Nur, 24:26)



Perempuan yang baik buat lelaki yang baik..dan sudah jodoh itu di tangan Tuhan..kenapa kita bersusah payah mengorbankan jiwa dan raga kita untuk menagih sebuah harapan palsu oleh lelaki yang kita belum tentu lagi tahu kesetiaannya pada kita..Allah telah permudahkan urusan kita di dunia..usah lagi kamu mencari duhai wanita di muka bumi ini sekalian..tugas kita sekarang ni hanyalah menjadi seorang gadis yang baik..menutup aurat dan meneruskan mujahadah ini..insyaAllah..sama-sama kita berjuang fi sabilillah..amin~
 ..lantas ana pun memilih ayat tersebut..bukan ayat itu menunjukkan diri ana sendiri..tetap sebagai peringatan untuk ana sendiri agar ingatanku kepada arwah mamaku dulu sentiasa segar..terima kasih mama..betapa aku terlalu merindui kasih mu :')

dan..terima kasih buat murabbi ,sahabat-sahabat yang menghadirkan diri ke usrah kali ini..dan segala perkongsian tadi insyaAllah ana akan sentiasa ingat..syukran..








No comments:

Post a Comment

,,