02 April 2012

Kenapa Kita Diciptakan?

 Salam ukhuwah sahabat2 yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini..
Sebenarnya baru seminngu lepas balik daripada program I-pro Khas bagi muslim di INTEC ni ..program tu untuk pemantapan rohani khas buat pelajar2 sebelum berangkat ke obersea..
 ALHAMDULILLAH dan sangatlah menarik program tu sehinggakan kita semua tidak dapat melupakan segala kenangan sepanjang berada di program tu..bagi ana..program itulah antara yang terbaik dengan program2 rohani yang telah ana sertai..memang mantap dan telah berjaya mengetuk hati ini untuk menjadi yang lebih baik..huhu sedih pun ade dan macam2 lah..harapnya dengan program ini dapat di jadikan iktibar untuk semua peserta2..


 Sebelum tu tak tahu pun yang Russian Programme akan terlibat dengan I-Pro Khas minggu ni..pastu ada sampai surat kat tangan yang memang wajib kena pergi..terasa berat je nak pergi ditambahkan lagi dengan ada test Anatomy minggu depan ..ayoo terasa nak lari je daripada sertai program tu..tapi semua benda dalam hidup kita telah diaturkan oleh-Nya dan disebalik daripada segala benda yang berlaku mestilah ada hikmahnya..


 Yup..memang ada banyak sangat hikmahnya..sehingga mampu mambuatkan diri ini banyak kali menangis..
Apa yang ana dapat memang terlalu banyak ilmu sehingga tak dapat nak ceritakna semuanya..tapi yang terbaik sekali adalah manusia ini tidak mengetahui tujuan asal hidup mereka dan seringkali lalai dengan dunia ..

'Rasulullah SAW bersabda, ”Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada hatinya, memudahkan urusannya dan dunia (yang hina ini) akan datang kepadanya (dengan sendirinya), dan barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan (rasa) fakir kepadanya, mempersulit urusannya dan dunia tidak akan mendatang.

Dan lupakah kalian kepada tujuan asal kita diciptakan..

 Untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT: firman Allah SWT: dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-ku (al-zariyat; 51:56)


 Untuk menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi:
Firman Allah SWT: ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji engkau dan mensucikan engkau?" tuhan berfirman: "sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.".(al-baqarah; 2:30).




 Cuba fikirkan..pernahkah sesuatu benda yang diciptakan itu tiada fungsinya..mestilah setiap benda yang pencipta ciptakan untuk digunakan dan pencipta juga ingin faedah dari benda yang dia ciptakan ..Sebagai contoh meja..kenapa meja diciptakan? Adakah pencipta meja buatkan meja tersebut sebagai tempat untuk kita duduk? Begitulah manusia..Allah ciptakan manusia kerana ada tujuannya iaitu beribadah kepada-Nya dan juga manusia dijadikan khalifah untuk memakmurkan lagi bumi ini..tapi mengapa manusia tidak menjalankan tugas2 mereka ..malah mereka telah memusnahkan lagi dunia ini..kita dijadikan sebagai dai'e untuk menyebarkan dan membantu agama Allah..

 tetapi pernah juga ana memikirkan ..tidakkah aku seorang pelajar?? Aku ingin belajar dan belajar..mana ada masa untuk berdakwah..Sahabatku sekalian..Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kemenangan bagi agama-Nya di akhir zaman nanti..tetapi tidak mahukah kalian menjadi satu daripada orang yang berjihad untuk menuntut kemenangan tersebut..??
 

Ingatlah sahabat2 ku..jika kamu ingin berjaya..bantulah agama Allah dahulu dan insyaAllah Dia akan membantu kita..tidak semestinya kalau kita kejar dunia kita akan berjaya..walau sekuat mana usaha kita tapi jika Allah ingin menarik balik nikmat kita..tidak mustahil !! Beringatlah bahawa kita adalah hamba-Nya ..insyaAllah jika kita menuruti segala kehendak-Nya ..Dia akan mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat :)


No comments:

Post a Comment

,,