11 February 2012

14 Februari


Uhuk..uhuk /batuk/ ya Allah sudah lama aku tidak meng ‘update’ kan blog ini.. dah berhabuk pun..
Ok insyaAllah kali ini ingin berkongsi mengenai ‘Valentine’s Day’ bersamaan dengan 14 Februari..



Apa yang syiok sangat dengan hari tu..?? Sebab pada hari tu la ramai orang sibuk nak ber ‘dating’ .. nak dipendekkan kata “Hari Maksiat” ..Semua yang ada ‘couple’ tu mesti happy sebab nak meraikan “Hari Maksiat” dengan buah hati masing-masing..ada yang bagi bunga,chocolate la itu la ini la sampai sanggup habiskan duit semata-mata untuk happy kan kekasih..




Diri ini bukan berniat untuk menghinakan orang yang nak menyambut “Hari Maksiat” tu..sambutlah kalau korang nak tapi pandai-pandailah tanggung dosa sendiri bila bawa anak dara orang keluar..bukan nak cakap yang aku ni dengki ke ape ..kes tak pernah ada “boyfriend” ..TIDAK SAMA SEKALI!! Bahkan aku bersyukur sangat-sangat sebab diri ini tidak pernah jatuh ke dalam lembah kemaksiatan..lagipun just nak tegur ‘as a MUSLIM’ ..i love all my brothers and sisters in Islam..so I’m quite sad if there are a lot of Muslim do the things that we shouldn’t do..i’m here to say “PLEASE STOP DOING THAT NONSENSE THING!!” ..Dunia sekarang dah terbalik..time dulu-dulu.. kalau buat date je ramai orang pandang serong..tapi sekarang kalau orang tanya “Ada boyfriend tak?” .. “Takde la” ..mula la diorang suruh cari satu la ini la..haha lawak la..dunia sudah di akhir zaman..
Sejujurnya nak berterus terang jugak la kan..walaupun tak pernah mengalami situasi macam ni tapi “bercinta selepas kahwin akan terasa manisnya lebih lagi” ..kalau tak percaya cuba lah try..haha
In Islam there is no love before marriage..



Ya Allah..ter’lari’ pulak tujuan aku buat entry nih..
Yup..sememangnya ramai pasangan yang akan terasa bahagia pada 14 Februari..lain pula ceritanya bagi aku..
Sememangnya bila orang kenal aku..diorang mesti ingat aku ni seorang yang ceria dan periang orangnya..kadang-kadang terfikir juga..adakah aku seorang yang hipokrit?? Sesungguhnya tiada sape yang tahu hati ini penuh dengan apa..cukuplah aku mengadu sakitku..perasaanku pada-Nya sahaj..Tuhanku Maha Satu..

~6 tahun yang lalu~
Tanggal 14 Februari 2007..aku telahpun kehilangan orang yang paling aku sayang selama ini..masa tu aku Form 2..memang rasa macam tak percaya bila orang kesayangan ku telah pergi meninggalkan aku..memang teramat berat hati ini untuk melepaskan  orang kesayangan kita..lebih-lebih lagi sewaktu kita AMAT memerlukannya..
Masa tu aku di sekolah..belajar..belajar..tiba-tiba cikgu panggil aku dan dia cakap mak sedara aku datang nak bawa balik aku ke rumahnya..memang aku dah agak benda ini akan ku lalui..masa tu aku tahu yang mama memang nazak…tanpa penjelasan daripada Cik Su ..air mataku pun dah mula mengalir..laju..
Dalam hatiku pernah tertanya..
“Mama..kenapa mama tinggalkan Farah”..hari tu memang tak berhenti menangis sambil memeluk kakak aku..Sepatutnya aku kena banyak bersabar hadapi semua dugaan tu..dan patutnya abang aku banyak menangis daripada aku sebab dah sebulan dia tak balik rumah dan tak sempat nak jumpa dengan mama..lagipun asrama dia jauh berbanding dengan aku…Aku melihat dia tenang je sambil membaca Yasin tanpa banyak kali tanpa berhenti-henti..



Memang satu hari tu aku menangis tak berhenti..ye lah..ibu kandung sendiri dah meninggalkan dunia ini..aku masih lagi inginkan kasih sayang daripadanya...tapi mujurlah ayah sedaraku mengingatkan aku
“Biarlah Allah nak cabut nyawa dia..lagipun dah 5 tahun mama menderita dengan penyakit tu”
Yup..memang betul..5 tahun mama ku berulang-alik ke Kota Bharu untuk mendapat rawatan..sejak dia sakit..aku perhatikan yang badannya mula kurus ..rambut gugur..kesan daripada rawatan kimoterapi yang dia jalani..daripada melihat mama ku terseksa dengan penyakit itu..
“Ya Allah..aku terima segala dugaan yang telah Kau beri padaku dengan redhanya..sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa atas segala kejadian”



Aku mengambil masa  yang agak lama untuk membiasakan diri ku dengan status ‘yatim’ ..setiap kali orang bertanyakan mengenai mama ku..air mataku mula bergenang..sehingga masuk Form 5 aku baru terasa kekuatan dalam diriku..aku selalu berdoa agar Allah selalu memberikan kekuatan  pada ku dan setiap solat yang aku kerjakan..aku akhiri dengan berdoa atas kesejahteraan mama ku di alam sana..moga Allah meringankan azabnya sentiasa..

Sesungguhnya..setiap kali kita didatangkan dugaan..janganlah kamu sesekali meminta dengan-Nya agar diringankan dugaan..sebaliknya mintalah agar diberi kekuatna oleh-Nya..
Dan dengan setiap dugaan yang kamu tempuhi..janganlah sesekali cepat berputus asa..sesungguhnya..orang yang cepat berputus asa adalah dalam kalangan orang-orang kafir..
Allah Maha Mengetahui dan Dia berhak memberi kita ujian yang setimpal dengan kekuatan kita..maka jika kamu mendapat ujian yang lebih besar..bersyukurlah..sesungguhnya itu adalah tanda Allah amat menyayangi kita..
Begitulah kisah 14 Februari ku..setiap kali orang bersibuk dengan kekasih masing-masing..aku akan memgingatkan mama ku yang tercinta dan akan berusaha beribadah dan banyakkan berdoa untuknya..
Setahun selepas kematian arwah mama ku..aku dianugerahi dengan mama baru..Alhamdulillah..
Walaupun diri ini selalu dalam kesedihan..kesusahan..aku tak pernah minta tolong dengan sesiapa pun..abah aku pernah berpesan..
“Adek kalau rase sedih ke..susah hati ke..mintalah tolong dengan Allah je..sesungguhnya Pencipta kita sahaja yang tahu..dan jangan lupa selalu buat solat hajat”
Abah ku selalu berpesan jangan tinggal solat hajat..pesan abah selalu ku amalkan..insyaAllah..



1 comment:

  1. im not a gud talker..neither a sweet talker. just want to say.. be strong. and i know u're strong. la tahzan. Al-fatihah buat arwah bonda tersyang.

    ReplyDelete

,,